ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyelar Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang cuba mengalih perhatian dengan menyatakan plot besar dirancang untuk memburukkan imejnya.
Dakwanya, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu dilihat cuba mengalihkan perhatian umum berkaitan isu di atas tuduhan dirinya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor sebelum ini.
"Bagi saya, dia hendak 'divert' isu itu kepada soal tindakan polis sedangkan isunya dia yang salah walaupun mahkamah belum putuskan tetapi hina Raja itu perbuatannya.
"Dia bukan sahaja hina Raja tetapi dia juga hina Allah, pasal dia kata MB Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) tak cukup inci. Cukup inci tak cukup inci, saya bukan mahu inci besar ini, tinggi ini tuhan yang bagi saya tinggi ini," katanya.
Mahfuz berkata demikian selepas ditemui pemberita di Alor Senjaya, di sini pada Jumaat.
Rabu lalu, Muhammad Sanusi tidak menolak kemungkinan dakwaan terbaharu berkaitan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) adalah satu plot besar dirancang memburukkan imejnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Kata MB Kedah itu, beliau hanya mengetahui bahawa dirinya turut disiasat berkaitan kegiatan melombong REE yang berlaku di Bukit Enggang, Sik, melalui laporan media.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jul 21 2023

Mahfuz sewaktu ditemui pemberita di Alor Senjaya, di Alor Setar pada Jumaat. - Foto Astro AWANI

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.

Pesawah kawasan LPP di Kedah rugi RM13.5 juta akibat banjir
Seramai 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami banjir.

LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.

Jawatankuasa khas bincang bantu pesawah terjejas kemarau
Jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mencari penyelesaian sekali gus menangani masalah lebih 10,000 pesawah yang terjejas akibat cuaca panas melibatkan empat negeri.

LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.

Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.

Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.

Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
![[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu [RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691850363_MahfuzOmar.jpg)
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

PRN: "Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu" - Mahfuz
Penyandang kerusi DUN Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar yakin kerusi yang sedang dipertahankan itu bakal menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di kedah.