Sebarang desas desus bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 adalah tidak berasas.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau dan Mat Sabu sendiri hingga kini tidak mengetahui status mereka sama ada terpilih sebagai calon untuk bertanding di Kedah ataupun di mana-mana kawasan negeri lain.
Ujarnya, semua keputusan ini tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan kepimpinan pakatan pembangkang untuk menentukannya.
Pada masa sama, Mahfuz turut menjangkakan ramai muka-muka baru akan diketengahkan oleh Pas sebagai calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis ceramah penutup program Karnival Kedah Sejahtera di Kompleks Pas Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah malam Jumaat.
Astro Awani
Sat Feb 02 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan tetap komited penuhi janji terhadap pencari kerja -Mahfuz
Kerajaan PH tetap komited terhadap janji mereka untuk memberikan sebanyak mungkin ruang pekerjaan kepada pencari kerja seperti yang terkandung dalam manifesto PRU ke-14.

Pas buka ruang kepada Mahfuz untuk kembali tetapi...
Pas yang merupakan parti politik matang membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk kembali ke pangkuan parti itu, kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.

Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Tiga calon kumpulan progresif dilantik AJK PAS Pusat
Tiga calon dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan PAS awal bulan ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti itu bagi sesi 2015 hingga 2017.

Pemilihan PAS: Mahfuz belum buat keputusan
Mahfuz akan mendengar juga pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan.

Mahfuz: Status Mat Sabu tidak berasas
Sebarang desas desus bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan bertanding dalam PRU-13 adalah tidak berasas.