Mahkamah Anak Negeri akan dinaik taraf dan dibangunkan di setiap daerah bagi memudahkan urusan rakyat berbilang etnik di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata inisiatif pembangunan tersebut telah dimasukkan dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-12 dan akan terus dilaksanakan pengwujudannya selepas ini.
"Kita telah merancang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 di mana setiap daerah yang ada kita akan bangunkan dengan mahkamah-mahkamah anak negeri dan ini InshaAllah kita akan tunaikan.
"Usaha ini adalah untuk memudahkan perkhidmatan Mahkamah Anak Negeri dan masyarakat di pedalaman kerana tidak perlu lagi pergi ke Kota Kinabalu untuk menyelesaikan urusan perundangan anak negeri," katanya yang ditemui selepas sesi Perjumpaan Bersama Mahkamah Anak Negeri Peringkat Pedalaman Sabah di Keningau pada Sabtu.
Menurut Shafie sesi perjumpaan tersebut adalah platform terbaik bagi pemimpin dan masyarakat bertukar-tukar pandangan dan mendengar permasalahan berbangkit.
"Perjumpaan dengan penduduk kampung ini adalah bagi mengetahui apa sebenarnya rintihan mereka.
"Dalam soal pembangunan negeri kita tidak hanya membina reka bentuk binaan bangunan sebaliknya kita ingin megorak langkah ke hadapan dengan mengangkat adat resam agar perkara tersebut dihormati masyarakat," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Sep 05 2020

MOHD SHAFIE berkata, Mahkamah Anak Negeri akan dinaik taraf dan dibangunkan di setiap daerah bagi memudahkan urusan rakyat berbilang etnik di Sabah.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

18 pegawai polis berlepas ke Sudan Selatan sertai misi pengaman PBB
Seramai 18 Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis berlepas ke Sudan Selatan, tengah malam tadi, bagi menyertai misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mahkamah Anak Negeri akan dinaik taraf, dibangunkan - Shafie Apdal
Mahkamah Anak Negeri akan dinaik taraf dan dibangunkan di setiap daerah bagi memudahkan urusan rakyat berbilang etnik di Sabah.

COVID-19: Sepintas lalu kefahaman isu hierarki sosial di Malaysia
Agama Islam secara dasarnya tidak menyekat wanita malah memberi kemuliaan kepada wanita dengan menjadikan suami, bapa atau adik lelaki atas abang sebagai wali kepada wanita.

Perkampungan Cina Hainan pertahan adat resam, budaya
Di sebalik populasi yang semakin mengecil, generasi sedia ada tetap mempertahankan adat resam dan budayanya.

Adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cina
Ramai yang mungkin tidak mengetahui simbolik disebalik setiap adat resam dan tradisi angpau dan limau mandarin.