JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan bekas Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35.7 juta, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya dua tahun lalu yang melepas dan membebaskan Abd Latif, 55, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48.
Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM1.1 juta dengan cagaran tanah bagi kesemua pertuduhan.
"Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen adalah salah kerana tidak mempertimbangkan banyak isu penting dalam kes tersebut.
"Mahkamah juga memutuskan bahawa kesemua elemen telah dibuktikan secara prima facie dan mahkamah menetapkan 14 Nov ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen," katanya kepada pemberita di luar mahkamah di sini, hari ini.
BACA: Bekas Exco Johor, Latif Bandi bebas 37 pertuduhan
Barisan pendakwaan diketuai Wan Shaharuddin dan pembelaan diketuai Peguam Datuk Salehuddin Saidin.
Pihak media tidak dibenarkan memasuki mahkamah bagi mengikuti prosiding atas arahan mahkamah kecuali keluarga terdekat ketiga-tiga tertuduh.
Pada 14 Jun 2017, ketiga-tiga tertuduh didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun pada 21 April 2019 membuat keputusan melepas dan membebaskan Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.
Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan membabitkan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B).
Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Prosiding hari ini dijalankan bagi menetapkan sama ada bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah itu, perlu membela diri atau tidak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021

Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan bekas Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram lebih RM35 juta, empat tahun lepas.- Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PRU15: Latif Bandi tewas di Mersing, PN kekal berkuasa
PN kekal berkuasa di Mersing apabila calonnya, Muhammad Islahuddin Abas menang dengan jumlah keseluruhan undi sebanyak 21,066.

Lucut hak harta lebih RM6 juta: Bukan semua milik Abd Latif Bandi, anak, menantu
Peguamnya berkata, harta yang terlibat itu turut dimiliki responden-responden lain.

Mahkamah arah Abd Latif Bandi, anak bela diri tuduhan rasuah RM35.7 juta
Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya dua tahun lalu yang melepas dan membebaskan Abd Latif, 55, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48.

MB Johor jawab isu rasuah dalam sidang DUN Isnin ini
Bercakap kepada pemberita di luar Persidangan Penggal Kelima DUN ke-13, di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata beliau sedar mengenai isu itu dan bersedia menjawab tohmahan tersebut.

Hadapi 33 pertuduhan rasuah, Exco Negeri Johor letak jawatan
Abd Latif berkata dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tuduhan itu yang sekaligus membuatkan beliau nekad meletak jawatan.

Exco negeri Johor, Abd Latif Bandi bercuti mulai hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abd Latif Bandi mula bercuti hari ini untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.