KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini membebaskan 17 lelaki tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada November 2018.
Majistret Iskandar Zainol membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie berhubung kejadian yang menyaksikan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Memetik laporan MalaysiaKini, peguam mewakili kesemua tertuduh terbabit, S Kirthiraj mengesahkan keputusan itu ketika dihubungi.
Jelasnya, mahkamah jenayah mendapati saksi pendakwaan gagal mengenal pasti tertuduh berikutan kesukaran membuat pengecaman kerana kejadian berlaku pada awal pagi.
Beliau berkata, mahkamah mendapati selain tiada pengecaman positif oleh saksi, keterangan mereka semasa peringkat perbicaraan adalah tidak boleh dipercayai dan tidak konsisten.
Selain itu, tiada senjata dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit (barang kes) seperti dinyatakan dalam pertuduhan, menunjukkan bahawa senjata itu hanya dikutip dari tempat kejadian oleh saksi dan bukan dirampas daripada tertuduh.
Peguam itu berkata, tiada laporan forensik mengenai senjata itu dikemukakan di mahkamah dan tiada pengenalan diri tertuduh semasa polis menjalankan siasatan.
Pada 26 November 2018, dilaporkan sebanyak 23 kenderaan musnah selepas dibakar perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya.
Kejadian turut mengakibatkan kecederaan parah terhadap Muhammad Adib yang cuba memadam kebakaran sebuah kenderaan pada pagi kejadian.
Allahyarham bagaimanapun meninggal dunia 17 Disember tahun yang sama.
Fareez Azman
Tue Jun 27 2023

Mahkamah mendapati selain tiada pengecaman positif oleh saksi, keterangan mereka semasa peringkat perbicaraan adalah tidak boleh dipercayai dan tidak konsisten. - Gambar hiasan

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan
Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan.

Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.

Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.

Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.

Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.