GOMBAK: Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan perintah injunksi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berhubung arahan pengosongan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak.
Hilman mendakwa notis pengosongan atau merobohkan pusat khidmat itu yang dikeluarkan oleh kerajaan Selangor melalui pentadbir PTD Gombak pada 6 Julai lalu sebagai tidak sah, menyalahi undang-undang dan bermotif politik.
Pihaknya kemudian telah mendapatkan permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi terhadap pentadbir PTD Gombak dan kerajaan negeri bagi menghalang tindakan tersebut pada Rabu.
"Setelah mendengar permohonan saya melalui peguam Sasha Lyna Abdul Latif dari Messrs Sasha Lyna, perintah injunksi telah diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Zaharah Hussain. Perintah ini adalah berkuat kuasa serta-merta.
"Ini bermakna, jika kerajaan negeri melalui PTD Gombak masih meneruskan tindakan terhadap Pusat Khidmat Gombak Setia maka mereka boleh dikenakan tindakan melanggar perintah dan menghina mahkamah," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Hilman berkata, beliau nekad mengambil tindakan undang-undang itu ke atas kerajaan negeri yang didakwa salah guna kuasa, berunsur ugutan dan politik dendam bagi mengusir dan memusnahkan pejabat berkenaan.
"Saya ingin menegaskan bahawa Pusat Khidmat Gombak Setia akan terus memberi khidmat kepada rakyat Gombak Setia sehinggalah selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor akan datang.
"Tugas dan tanggungjawab saya kepada warga Gombak Setia tidak akan terhenti semata-mata kerana pembubaran Dewan Negeri Selangor," katanya.
Hilman sebelum ini memaklumkan Pusat Khidmat Rakyat Gombak Setia telah sekali lagi didatangi oleh penguat kuasa PTD Gombak serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk menyerahkan dan menampal Notis Kesalahan Pendudukan Secara Tidak Sah di atas Tanah Kerajaan Seksyen 425 & 426A (1)(C) Kanun Tanah Negara 1965.
Beliau menganggap tu tindakan terdesak dan bermotifkan salah guna kuasa, ugutan dan vendetta politik oleh kepimpinan kerajaan negeri yang jelas takut akan kebangkitan rakyat menjelang PRN Selangor. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023

Penguat kuasa PTD Gombak dan MPS hadir ke Pusat Khidmat Gombak Setia bagi menyerahkan notis pengosongan kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran baru-baru ini. - Foto Sinar Harian

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Mahkamah benar injunksi halang roboh Pusat Khidmat DUN Gombak Setia
Mahkamah membenarkan permohonan perintah injunksi bekas ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berhubung arahan pengosongan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia.