Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung kesemua prosiding saman yang difailkan bekas anggota UMNO Anina Saadudin berhubung pembayaran berjumlah RM2.6 bilion.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh serta peguam Mohd Hanif Khatri Abdulla yang mewakili Anina.
Berikutan keputusan itu, Najib dan Ab Rauf, yang turut dinamakan sebagai defendan, tidak perlu memfailkan pernyataan pembelaan dan sebarang afidavit lain.
Najib dan Ab Rauf sebelum ini memohon mahkamah menggantung prosiding sehingga mahkamah mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan writ saman Anina.
Mahkamah menetapkan 6 Oktober ini untuk pengurusan kes bagi permohonan mengetepikan saman itu.
Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan itu berdasarkan alasan bahawa pemfailan afidavit pembelaan boleh memberi kesan kepada permohonan defendan untuk mengetepikan writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan Anina.
"Hakim juga memutuskan bahawa tiada prejudis kepada plaintif sekiranya pembelaan tidak difailkan sekarang kerana sekiranya mahkamah menolak permohonan untuk mengetepikan writ saman dan pernyataan tuntutan, pihak plaintif masih berpeluang melihat pembelaan yang difailkan defendan," katanya.
Pada 28 Ogos lepas, Anina memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.
Bernama
Thu Oct 01 2015

Najib dan Ab Rauf sebelum ini memohon mahkamah menggantung prosiding sehingga mahkamah mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan writ saman Anina. - Gambar Fail
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina selesai, kedua-dua pihak rekod persetujuan
Saman fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Anina Saadudin diselesaikan selepas kedua pihak mencapai persetujuan hari ini.

Ismail Sabri saman Anina Saadudin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anina Saadudin atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi FB miliknya.

"Hanya untuk hiburkan kanak-kanak"
Mohd Fisol berkata cop di tangan kanak-kanak semasa Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah hanya untuk keseronokan semata-mata.

Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina
Tan Sri Rafizah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim diminta untuk mengisytiharkan aset masing-masing selepas kini giat membantu dalam kempen Pakatan Harapan (PH) dalam PRU kali ini.

Pakatan pembangkang lemah dan longlai - Anina
Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, menggesa rakyat negara ini memilih kerajaan untuk generasi Malaysia pada masa depan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina
Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika menang PRU14 kelak akan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu sendiri.

Apakah Pakatan tiada calon PM selain Tun M, soal Anina
Jawatan Perdana Menteri sementara yang mungkin diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai calon yang lebih baik daripada bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam
Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam.

Anina tarik balik saman berhubung pemecatannya dalam UMNO
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina berkata saman itu ditarik balik atas alasan tiada lagi isu berhubung keanggotaan Anina dalam UMNO dan ia tidak relevan serta bersifat akademik.

Anina gugurkan saman terhadap PM Najib
Anina telah membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah TInggi pada 31 Disember tahun lalu.