KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, untuk mendapatkan dokumen berhubung gaji dan elaun dibayar kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd, Tan Sri Shahril Shamsuddin.
Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Haron memerintahkan syarikat itu mengemukakan dokumen yang diminta Rafizi dalam tempoh sebulan dari hari ini.
Peguam Ahli Parlimen Pandan itu, Navpreet Singh, ketika mengesahkan perkara itu selepas sesi pengurusan kes hari ini, berkata bahawa permohonan itu dibenarkan kerana ia berkaitan kes fitnah yang difailkan oleh Shahril terhadap defendan (Rafizi).
"Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 15 Mei, iaitu, untuk mengemas kini mahkamah berkenaan dengan pematuhan syarikat terhadap keputusan mahkamah untuk mengemukakan dokumen tersebut," kata Navpreet.
Pada 24 Nov tahun lalu, Rafizi telah memfailkan permohonan itu dan meminda pembelaannya yang difailkannya pada Julai tahun lalu.
Dalam permohonan itu, Rafizi telah memohon kebenaran mahkamah untuk Sapura Energy mendedahkan pakej imbuhan dan elaun Shahril.
Shahril memfailkan saman terhadap Rafizi pada Mei tahun lalu, berikutan kenyataan Rafizi dalam tiga artikel yang disiarkan di akaun media sosialnya antara 31 Mac hingga 4 April tahun lalu.
Artikel tersebut sebagai reaksi terhadap kewajaran menggunakan dana awam untuk menyelamatkan syarikat itu seperti yang dicadangkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mahu kerajaan menyuntik lebih banyak dana ke dalam Sapura Energy.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023

Pada 24 Nov tahun lalu, Rafizi telah memfailkan permohonan itu dan meminda pembelaannya yang difailkannya pada Julai tahun lalu. - Gambar fail/Astro AWANI

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Mahkamah benar permohonan Rafizi dapat dokumen gaji/elaun bekas CEO Sapura Energy
Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Haron memerintahkan syarikat itu mengemukakan dokumen yang diminta Rafizi dalam tempoh sebulan dari hari ini.