Mahkamah Koroner di sini diminta untuk mempercepatkan prosiding permohonan komital (menghina mahkamah) berkaitan inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang difailkan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata ia kerana kes itu berunsur jenayah selain prinsip undang-undang pada masa kini yang tidak memberi kelonggaran pada mana-mana kes seperti itu ditangguhkan tanpa sebab yang kukuh.
"Prinsip undang-undang sekarang tidak memberikan kelonggaran untuk menangguhkan mana-mana prosiding (kes) semena-mena.
"Ia perlu ada hujah yang ketat (untuk tangguh), seperti kes Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini di mana mahkamah mendapati kes yang berunsur jenayah tidak boleh ditangguhkan dan kes ini (komital) walaupun bukan 100 peratus jenayah tetapi ia tetap mempunyai unsur jenayah, jadi jika rujuk pada kes Najib tiada penangguhan boleh dibuat dan sepatutnya juga kes (komital) ini tidak ditangguhkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi hujahan berhubung permohonan penangguhan prosiding komital tersebut.
Mengulas lanjut, Mohamed Haniff Khatri berkata pihaknya juga tidak mahu kes komital itu ditangguhkan kerana kes tersebut mendapat perhatian semua pihak termasuk masyarakat.
"Kalau kita nak lengahkan kes ini payahlah. Bagi kami, mahkamah sepatutnya melaksanakan budi bicara dengan menolak penangguhan prosiding komital ini," katanya.
Terdahulu, dalam sesi hujahan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy, berkata mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk menangguhkan prosiding seperti yang dipohon oleh responden.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Nov ini sebagai tarikh keputusan permohonan penangguhan komital dihadapi Peguam Negara.
Sebelum ini, Tommy menyerahkan afidavit untuk menggantung prosiding perbicaraan komital tersebut berikutan beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan memberikan keterangan di dalam kandang saksi ataupun melalui afidavit dalam perbicaraan komital dihadapinya.
Pada 16 Julai lepas, bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan perintah komital terhadap Tommy kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis di Institut Jantung Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Nov ini sebagai tarikh keputusan permohonan penangguhan komital dihadapi Peguam Negara. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.

"Allah ada sesuatu yang lebih baik", bekas tunang Adib redha selepas setahun
Najihah turut mencatatkan tarikh yang memberi makna besar buatnya iaitu pada 17 Disember 2018 hingga 17 Disember tahun ini.

Mahkamah diminta percepatkan komital terhadap Peguam Negara
Mohamed Haniff Khatri berkata pihaknya juga tidak mahu kes komital itu ditangguhkan kerana kes tersebut mendapat perhatian semua pihak

"Saya masih terkilan terhadap Peguam Negara" - Syazlin Mansor
Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih terkilan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas

"Jangan ada campur tangan, harap keputusan diadili sepenuhnya"
Ibu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap agar keputusan prosiding inkues anaknya itu dapat diadili sepenuhnya.

Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara
Mahkamah Koroner menetapkan 9 Ogos ini bagi keputusan berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.

Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan
Dr Amir Radzi Ab Ghani dari Universiti Teknologi Mara akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran melibatkan dua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Inkues Adib: Demonstrasi ringkas guna van EMRS
Sesi prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada hari ke-34 diteruskan dengan demonstrasi ringkas melibatkan kenderaan Van EMRS.

Inkues Adib: Tolak kemungkinan Adib ditolak dari arah hadapan - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam Hasmi menolak kemungkinan Muhammad Adib Mohd Kassim ditolak dari arah hadapan sebelum bahagian rusuk belakang kirinya menerima impak daun pintu Van EMRS

Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi
Sekumpulan perusuh ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 dikatakan turut menyerang kenderaan orang awam selain melakukan serangan terhadap anggota bomba.