PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang penganggur kerana membunuh tiga anggota keluarga angkatnya tujuh tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan bahawa tiada merit dalam rayuan Luqman Hadi Mustapa.
Tengku Maimun, ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, berkata berdasarkan keseluruhan bukti, mahkamah merumuskan sabitan terhadap Luqman bagi kesalahan membunuh adalah selamat.
Beliau turut berkata mahkamah tidak berfikir untuk menggangu hukuman mati dikenakan terhadap Luqman oleh Mahkamah Tinggi dan dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Luqman, 33, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Melaka pada 16 Ogos 2019, yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh Mariah Baharim, 61, yang merupakan kakak ibu angkatnya, Hassan A. Wahab, 70, (suami Mariah) dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq Hassan, 22 tahun.
Mahkamah Tinggi juga mendapati Luqman bersalah atas dua pertuduhan cuba membunuh anak perempuan Mariah, Noor Haslinda Diyana Hassan, 26, dan Nur Aqedah Aeina Hassan, 24 dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, serentak, bagi setiap dua pertuduhan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Sidang Said di Bertam Malim, Melaka antara jam 5.50 pagi dan 6.15 pagi pada 25 Ogos 2016.
Peguam perayu, Datuk Hazman Ahmad, berkata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin (kini Hakim Mahkamah Rayuan) terkhilaf apabila menolak pembelaan kehilangan akal dari segi undang-undang mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan walaupun laporan pakar psikiatri tidak mempertikaikan pembelaannya.
Mengenai hukuman, Hazman memohon mahkamah mempertimbangkan supaya hukuman mati digantikan dengan hukuman alternatif iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khushairy Ibrahim, yang dibantu Aida Khairuleen Azli, berhujah bahawa Luqman bergantung kepada laporan pakar psikiatri untuk menunjukkan dia berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan dia tidak tahu apa yang dia lakukan.
Beliau, bagaimanapun, berkata tiada bukti lain dikemukakan oleh Luqman untuk menyokong alasan tersebut.
Beliau juga menggesa mahkamah mengekalkan hukuman mati dengan mengatakan bahawa perlakuan Luqman adalah secara jelas tidak menghargai nyawa manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Tengku Maimun, ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, berkata berdasarkan keseluruhan bukti, mahkamah merumuskan sabitan terhadap Luqman bagi kesalahan membunuh adalah selamat. - Gambar fail/Bernama

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.
Putin tegas rundingan damai perlu jamin keselamatan Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai dengan Ukraine mesti menjamin keselamatan jangka panjang Rusia dan menolak sebarang penarikan semula dari wilayah yang telah dikuasai dalam konflik ini.
Zelenskiy seru gencatan senjata udara dan laut
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menggesa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk menyokong cadangan gencatan senjata antara pasukan Rusia dan Ukraine di udara serta di laut.
Konvensyen dibatalkan: Switzerland batal persidangan Geneva berkait wilayah Palestin
Switzerland telah membatalkan persidangan mengenai pelaksanaan Konvensyen Geneva ke atas wilayah Palestin yang dijajah akibat kekurangan penyertaan, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar negara itu pada Khamis.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Sabitan dan hukuman mati terhadap enam bekas pelajar UPNM adalah tidak selamat - Peguam
Hisyam berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan ke-27 (SP27) iaitu pemilik seterika.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Didakwa edar hampir 20 kilogram heroin, kelindan lori berdepan hukuman mati
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkaj 28 April depan sebagai tarik sebutan semula kes.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.

Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina
Indonesia bersetuju untuk memindahkan pekerja Filipina, Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan dadah ke penjara di Filipina.

Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.

Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.