Seorang pendawai elektrik terselamat daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan sabitan kerana membunuh dan sebaliknya mendapati dia bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan membunuh.
Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif menjatuhi hukuman penjara 25 tahun ke atas Mohd Naim Ramli dan memerintahkan dia dikenakan 10 sebatan atas kesalahan itu di bawah Seksyen 396 Kanun keseksaan.
Ketika membenarkan rayuan Mohd Naim untuk mengetepikan sabitan kerana membunuh, beliau berkata berdasarkan keterangan kepada mahkamah, mahkamah mendapati bahawa sabitan Mohd Naim kerana membunuh adalah tidak selamat.
"Berdasarkan keterangan yang ada, kami berpendapat bahawa tertuduh terlibat dalam rompakan dan dengan ini kami sebulat suara mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan," kata Hakim Raus.
Mengenai hukuman, beliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Mohd Naim, 29, adalah serius dan mahkamah tidak boleh mempertimbangkan penghujahan oleh peguamnya Ridha Abdah Subri untuk menjatuhi hukuman penjara 15 tahun ke atas Mohd Naim. Beliau berkata menjatuhi hukuman mati juga tidak selamat.
Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati ke atas Mohd Naim sambil berkata Seksyen 396 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati dan penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Turut bersidang bersama beliau ialah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Pada Mac, 2015, Mohd Naim disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh Loh Min Lee, 36, seorang jurutera komputer, di rumahnya di Jalan Putra Perdana, Puchong, pada jam 4.15 pagi, 7 Dis, 2012.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 27 Sept tahun lepaas.
Bukti yang dikemukakan oleh,-pihak pendakwa ialah tertuduh dan rakannya telah pergi ke rumah si mati untuk menyamunnya. Bukti menunjukkan bahawa si mati diserang dengan tukul oleh tertuduh dan dia mengalami kecederaan yang mengakibatkan kematian.
Si mati sedang tidur di bilik tidur di rumahnya apabila kejadian itu berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2017
Bukti menunjukkan bahawa si mati diserang dengan tukul oleh tertuduh dan dia mengalami kecederaan yang mengakibatkan kematian. - Gambar hiasan
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah kekal keputusan bersalah ke atas bekas Presiden Argentina
Kircher, yang berdepan tuduhan rasuah, didapati bersalah menipu kerajaan dan dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun.
Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda
Manikavasagam yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor dituduh berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu dengan menghantar mesej kurang sopan.
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
R Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak
Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan termasuk berkaitan penderaan seksual dan pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak.
1MDB: Bekas pegawai Goldman, Roger Ng didapati bersalah di mahkamah AS
Ng, 49, disabitkan dengan ketiga-tiga pertuduhan dalam kes itu, termasuk bersubahat untuk melanggar undang-undang antirasuah AS dan bersubahat untuk pengubahan wang haram.
Bekas pegawai polis didapati bersalah atas pembunuhan Daunte Wright
Juri seramai 12 anggota mendapati Potter bertanggungjawab atas kematian Wright semasa operasi trafik di Brooklyn Center.
Lelaki mengamuk dalam mahkamah, ditembak mati ketika cuba serang hakim
Vaughan turut terlibat dalam pergelutan bersama dua anggota polis dalam makhamah berkenaan.
SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib esok
Mahkamah sebelum ini menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April untuk mendengar rayuan itu.
Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta, ini kronologi kes rasuah Isa Samad
Mohd Isa dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 jutaa tas sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta.
RM2 juta "masuk poket" Ku Nan sendiri - Mahkamah
Hakim Mohamed Zaini berkata dakwaan Tengku Adnan mendahulukan lebih RM2 juta untuk PRK adalah suatu yang difikirkan kemudian.