PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan keputusannya berhubung persoalan Perlembagaan yang dikemukakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kesahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Panel tujuh hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat berkata mahkamah itu akan CAV (curia advisari vult) isu itu dan akan memaklumkan pihak-pihak terlibat selepas mahkamah bersedia dengan tarikh keputusan.
Hakim lain dalam panel itu ialah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Puan Sri Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Prosiding dijalankan dalam talian yang mana kesemua tujuh hakim serta beberapa pegawai mahkamah berada di mahkamah terbuka sementara peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan serta S. Narkunavathy bagi pihak MKN dan kerajaan, tampil secara maya.
Mahkamah mendengar semula kes itu selepas ia, pada 10 Sept tahun lalu, membenarkan permohonan semakan kehakiman Anwar untuk mengetepikan keputusan majoriti pada 11 Feb yang enggan menjawab persoalan Perlembagaan berhubung kesahan akta tersebut.
Terdahulu, Sri Ram menghujahkan bahawa Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016 tidak berperlembagaan kerana merampas beberapa hak asas yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Beberapa aspek Akta MKN menggugurkan hak kepada kebebasan hidup dan peribadi, kebebasan bergerak, kebebasan memiliki hartanah, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan," katanya.
Peguam itu berkata Akta MKN juga tidak berperlembagaan kerana tidak menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Akta ini batal dan tidak sah kerana Agong tidak memberikan perkenan. Fungsi memperkenankan rang undang-undang oleh Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa eksekutif dan Seri Paduka mesti bertindak atas nasihat kabinet atau seorang menteri," katanya, menambah akta itu tidak menyebut Parlimen menggubalnya menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, yang mana hak asas boleh dirampas.
Suzana pula menghujahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menggunakan budi bicara dalam memberi perkenan kepada akta kerana Seri Paduka merupakan Raja Berperlembagaan dan perlu bertindak atas nasihat kabinet dan menteri.
Pada 11 Feb tahun lepas, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 5-2 enggan menjawab persoalan Perlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai Akta MKN dan memutuskan bahawa ia tidak ditunjukkan kewujudan akta tersebut mengganggu kehidupan peribadi Anwar.
Anwar kemudian memfailkan semakan kehakiman.
Beliau memfailkan saman pemula pada 2016 untuk mencabar kesahan Akta MKN dengan mendakwa pelaksanaannya tidak berperlembagaan dan menamakan MKN serta kerajaan selaku defendan.
Pada 14 Mac 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anwar mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan Perlembagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusannya berhubung persoalan Perlembagaan yang dikemukakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Astro AWANI / Shahir Omar

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.