PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu dalam usaha membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Tarikh itu disahkan oleh peguam SIS Forum A. Surendra Ananth dan peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ketika dihubungi Bernama.
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan yang dikemukakan kumpulan hak wanita itu dan salah seorang pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar untuk membatalkan fatwa itu.
Mahkamah Rayuan memutuskan fatwa yang disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bukanlah keputusan muktamad dan dengan itu tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.
SIS Forum dan Zainah merayu kepada Mahkamah Rayuan selepas mereka tidak berjaya dalam usaha mereka di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan fatwa itu. Permohonan semakan kehakiman mereka telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019.
Dalam kes sivil, pihak litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum boleh meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Fatwa itu, yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014, telah mengisytiharkan bahawa SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Fatwa itu juga mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural hendaklah diharamkan serta dirampas selain meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menapis laman sesawang sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.
Dalam notis usul memohon kebenaran itu, kumpulan berkenaan telah mengemukakan 10 persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Antara persoalannya adalah sama ada fatwa, yang pernah dikeluarkan dalam Warta di bawah Seksyen 48(6), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, adalah satu bentuk undang-undang subsidiari dan/atau perundangan yang diwakilkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan yang dikemukakan kumpulan hak wanita itu dan salah seorang pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar untuk membatalkan fatwa itu. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.