PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 30 Mac ini untuk pendengaran rayuan peguam Datuk V K Lingam terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang menghalangnya daripada menjalankan amalan guaman atas dakwaan salah laku berkaitan sebuah klip video mengenai pelantikan hakim-hakim.
Tarikh pendengaran rayuan itu disahkan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Badan Peguam Malaysia dalam kes ini berikutan pengurusan rayuan itu hari ini.
Razlan Hadri juga berkata Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Mac ini untuk Lingam dan Badan Peguam Malaysia memfailkan hujahan bertulis mereka.
Lingam disingkirkan daripada menjadi seorang peguambela dan peguam cara oleh lembaga tatatertib badan itu pada 6 Nov, 2015.
Pada 22 Mei 2018, Mahkamah Tinggi menolak semakan kehakiman Lingam dan mengekalkan keputusan lembaga tatatertib itu.
Pada 27 Julai tahun lepas, rayuan Lingam ditolak oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Lee Swee Seng.
Dalam keputusan itu, Lee berkata lembaga tatatertib menilai dengan betul bukti saksi-saksi, bukti rakaman klip video dan testimoni pakar serta mendapati salah laku itu dibuktikan berkaitan campur tangan Lingam yang mempengaruhi pelantikan hakim-hakim.
Dalam usul pemulanya, Lingam mahukan mahkamah mengetepikan keputusan lembaga tatatertib dalam mengukuhkan dapatan liabiliti oleh Jawatankuasa Tatatertib yang memutuskan perayu telah berkomplot dengan pelbagai pihak untuk campur tangan atau mempengaruhi pelantikan hakim-hakim.
Beliau juga cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk mengetepikan dapatan Jawatankuasa Tatatertib dan mengetepikan syornya supaya perayu digantung daripada menjalankan amalan guaman selama setahun dan didenda RM20,000.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022

Lingam disingkirkan daripada menjadi seorang peguambela dan peguam cara oleh lembaga tatatertib badan itu pada 6 Nov, 2015. - Gambar hiasan/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mahkamah Persekutuan tetapkan 30 Mac untuk pendengaran rayuan Lingam
Tarikh pendengaran rayuan itu disahkan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Badan Peguam Malaysia dalam kes ini berikutan pengurusan rayuan itu hari ini.

V.K Lingam gagal dalam rayuan batal keputusan keluarkan nama daripada senarai peguam
Mahkamah Rayuan menolak rayuan V.K Lingam untuk membatalkan keputusan Lembaga Tatatertib Badan Peguam yang mengeluarkan namanya daripada senarai peguam atas dakwaan salah laku.