PUTRAJAYA: Ahli perniagaan Goh Leong Yeong yang direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, gagal dalam permohonannya untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan untuk writ habeas corpus dikeluarkan untuk pembebasannya.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dalam keputusan sebulat suara, menolak permohonan semakan Goh, untuk semakan semula keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu.
Dua lagi hakim ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.
Seorang daripada peguam Goh, Jacky Loi Yap Loong, ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan itu.
Mahkamah memutuskan Goh gagal memenuhi kriteria menurut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
Dalam permohonan semakannya yang difailkan pada 2 Ogos lepas, Goh memohon untuk mengetepikan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan berhubung perintah reman awalnya yang diperintah selama 21 hari dari 31 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 4(1)(a) POCA adalah sah dan mahu panel Mahkamah Persekutuan yang lain mendengar rayuannya.
Goh, 33, sekarang ditahan selama dua tahun di Penjara Simpang Renggam di bawah POCA.
Pada Julai tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Abdul Rahman Sebli, dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan Goh supaya writ habeas corpus dikeluarkan untuk pembebasannya daripada tahanan.
Pada November tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Goh untuk habeas corpus selepas bersetuju dengan bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti, bahawa permohonan Goh telah menjadi akademik kerana dia kini ditahan di bawah perintah berbeza iaitu di bawah POCA.
Goh pada mulanya direman selama 21 hari bermula 31 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 4(1)(a) POCA untuk membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian yang didakwa menyalahi undang-undang. Dia kemudiannya ditahan selama 38 hari di bawah Seksyen 4(2) (a) POCA.
Goh memfailkan permohonan habeas corpus itu dengan menamakan pegawai penyiasat ASP Khairul Fairoz Rodzuan, seorang Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku responden.
Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, pasukan peguam Goh diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad, Farah Ezlin Yusop dan Nur Jihan Azman serta Peguam Persekutuan Anasuha Atiqah Mat Saidi mewakili responden.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dalam keputusan sebulat suara, menolak permohonan semakan Goh, untuk semakan semula keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu. - Gambar fail
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Malaysia dengan tegas menolak sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka dan menegaskan perlunya penyelesaian kekal yang menghormati hak serta kedaulatan mereka.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat palestin di Gaza
ASEAN menyatakan kekesalan terhadap pengumuman pengusiran rakyat Palestin dari Gaza dan menegaskan pendiriannya menolak sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan
Beliau berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini bersama negara anggota lain sepakat bahawa tindakan itu tidak boleh diterima.
Beliau berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini bersama negara anggota lain sepakat bahawa tindakan itu tidak boleh diterima.
Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.
Harga minyak mentah tidak menentu berikutan dasar trump - BMI
BMI menjangka harga minyak mentah mengalami ketidaktentuan yang ketara dalam tempoh beberapa bulan berikutan pasaran mengambil kira impak dasar baharu AS.
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.
Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,
Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
Kelantan teruskan usaha laksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Kerajaan negeri pandang serius kes 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dibatalkan, terutama dalam mendepani cabaran semasa.