Ketua pembangkang Sabah Datuk Lajim Ukin kekal menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Klias apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) agar keputusan pilihan raya bagi kerusi itu dibatalkan.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel lima anggota, memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan Isnin Aliasnih tidak mempunyai merit dan oleh itu memerintahkan beliau membayar kos guaman RM20,000 kepada Lajim.
Dalam penghakimannya, Zulkefli berkata Isnin gagal membuktikan bahawa wanita bernama Wong Kui En @ Norliah dilantik sebagai wakil bagi Lajim, yang didakwa mengagihkan wang RM50 dan kupon pada 4 Mei tahun lepas, sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Isnin mendakwa, Norliah yang bertindak sebagai wakil calon bagi Lajim, mengagihkan wang serta kupon berkenaan (yang boleh ditebus untuk mendapatkan wang RM100 sekiranya Lajim memenangi kerusi itu) kepada pemilih di kawasan berkenaan pada PRU-13.
Zulkefli berkata perayu gagal memuaskan hati mahkamah bahawa ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah itu (Lajim) tahu dan merestui perbuatan rasuah Norliah memberi sampul mengandungi wang dan kupon berkenaan.
"Kami berpendapat hakim pilihan raya membuat keputusan betul apabila beliau mendapati perbuatan Norliah pada 4 Mei tahun lepas itu adalah di luar skop tugasnya sebagai wakil calon," katanya.
Beliau berkata apa yang dilakukan Norliah pada 4 Mei tahun lepas itu merupakan perbuatannya secara peribadi, yang dengan tepat disifatkan hakim pilihan raya sebagai "on a frolic of her own".
Oleh itu, katanya, perbuatan yang didakwa dilakukan Norliah pada 4 Mei tahun lepas dalam menunaikan tugasnya sebagai wakil calon, tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada responden (Lajim).
Lajim memenangi kerusi Klias atas tiket PKR dengan majoriti 179 undi setelah meraih 6,324 undi berbanding Isnin sebanyak 6,145 pada pilihan raya umum 5 Mei.
Isnin memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan apabila Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyennya pada 6 Dis tahun lepas.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Isnin, berkata berikutan implikasi daripada keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengkaji untuk meminda undang-undang pilihan raya bagi menjelaskan tentang peranan wakil calon dan wakil pengiraan undi.
Bernama
Mon Jun 30 2014

Hakim memutuskan rayuan yang dikemukakan Isnin Aliasnih terhadap Datuk Lajim Ukin (gambar) tidak mempunyai merit.

Dua lelaki positif dadah ditahan selepas pecut 7km dari polis
Cubaan dua lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada polis sejauh tujuh kilometer berakhir apabila mereka akhirnya berjaya ditahan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri tiba di SPRM beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa atas insiden bom
Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan.

Caruman i-Saraan berjumlah RM2.6 bln pada 2024 - Amir Hamzah
Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024.

Hubungan dengan gadis bawah umur, Kim Soo Hyun keluar kenyataan minggu depan
Soo Hyun akan menjelaskan dan menjawab khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.
Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China
Porsche melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 30.3% kepada €3.6 bilion pada 2024.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
"Saya ada rasa hormat yang tinggi terhadap Xi Jinping" - Trump
Walaupun tarif baru ke atas import keluli dan aluminium ke AS mula berkuat kuasa, Presiden Donald Trump mengatakan beliau ada rasa hormat yang tinggi terhadap Presiden China, Xi Jinping.
"Tiada sesiapa usir rakyat Palestin dari Gaza" - Trump
"Tiada sesiapa yang akan mengusir rakyat Palestin dari Gaza", itu ujar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump walaupun sebelum ini beliau sendiri yang mencadangkan agar AS mengambil alih Gaza dan mengubahnya menjadi sebuah "Riviera" di Asia Barat.
"Jika ini takdir saya, maka biarlah begitu" - Duterte
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyampaikan pesanan kepada rakyat Filipina semasa dalam perjalanan ke The Hague.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.

MAINJ diminta semak semula senarai penerima zakat fitrah - Exco Agama
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) diminta membuat semakan semula senarai penerima zakat fitrah di negeri ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).