IPOH: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen bagi membatalkan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Muhammad Hilman Idham daripada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Ogos lepas.
Peguam Mohd Radzlan Jalaluddin, yang mewakili Muhammad Hilman, ketika dihubungi Bernama berkata Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menolak petisyen itu dengan kos RM25,000.
Turut mewakili Muhammad Hilman ialah Hasshahari Johari Mawi, Mohd Tajuddin Abd Razak, Muhamad Hafizan Shafuan Kamarulzaman, Shahir Ab Razak dan Awang Armadajaya Awang Mahmud manakala pempetisyen diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Petisyen itu difailkan oleh seorang pengundi DUN Gombak Setia Mohd Shaffie Omar, 40, atas dakwaan menerima RM150 sebagai dorongan kepada pengundi dalam PRN Selangor di antara 4 dan 5 Ogos lepas.
Muhammad Hilman telah memenangi kerusi itu dalam PRN Selangor yang berlangsung pada 12 Ogos lepas apabila memperoleh 30,299 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional Megat Zulkarnain Omardin yang meraih 30,241 undi dan calon bebas Salim Ali (1,076 undi).
Sementara itu, Muhammad Hilman berkata beliau telah berbincang dengan pasukan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mencemar nama baik dan reputasinya.
"Individu-individu ini telah dikenal pasti untuk tindakan lanjut dalam masa yang terdekat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Muhammad Hilman (foto) berkata beliau telah berbincang dengan pasukan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mencemar nama baik dan reputasinya. -Gambar fail/Bernama

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Rogol kenalan ADUN Gombak Setia: Ahli perniagaan dipenjara 13 tahun, 2 sebatan
Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, atas satu pertuduhan pindaan merogol seorang kenalan kepada ADUN Gombak Setia.

Mahkamah pilihan raya tolak petisyen batal kemenangan ADUN Gombak Setia
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menolak petisyen itu dengan kos RM25,000.