PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah mengembalikan semula permohonan semakan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit permohonan itu.
Pasangan itu memfailkan permohonan semakan bagi mencabar perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah tahun lepas.
Hari ini panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin memerintahkan permohonan semakan pasangan itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan merit permohonan itu.
Hakim Hadhariah yang mengetuai panel itu berkata apabila permohonan semakan difailkan, adalah menjadi kewajipan Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan merit permohonan itu tanpa mengira apa jua cara permohonan itu difailkan.
Beliau berkata dalam kes Bung Moktar dan Zizie Izette, Mahkamah Tinggi tidak berbuat demikian (untuk mendengar merit permohonan semakan) apabila mahkamah menolak permohonan semakan pasangan itu berdasarkan alasan mereka telah menggunakan kaedah yang salah ketika memfailkan semakan itu.
Hakim Hadhariah berkata tiada cara khusus dinyatakan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 mengenai bagaimana semakan boleh dilakukan.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi atas usulnya sendiri, boleh membuat semakan untuk sesuatu kes selepas membaca akhbar atau mendapatkan fail atau berdasarkan permohonan mana-mana pihak atau individu yang berminat pada mana-mana peringkat prosiding.
"Dalam kes ini, permohonan semakan dikemukakan oleh peguam tertuduh (Bung Moktar dan Zizie Izette) di peringkat kes prima facie," katanya.
Beliau kemudian menetapkan 14 Julai untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.
Pada 9 Dis tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid menolak permohonan semakan yang difailkan pasangan itu tanpa mendengar merit permohonan tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman itu menolak permohonan semakan tersebut selepas menerima bantahan awal pihak pendakwaan yang menyatakan pasangan itu telah menggunakan kaedah yang salah untuk memfailkan permohonan.
Mahkamah Sesyen pada 2 Sept tahun lepas, memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta melibatkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Ini mendorong mereka untuk memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi. Berikutan penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan semakan itu, mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mendengar bantahan awal yang dibangkitkan pihak pendakwaan terhadap rayuan Bung Moktar dan Zizie Izette dengan menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tidak boleh dirayu.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Bung Moktar diwakili peguam M.M.Athimulan manakala peguam Datuk K. Kumaraendran mewakili Zizie Izette manakala Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
![Mahkamah Rayuan hantar semula permohonan semakan Bung Moktar, Zizie Izette ke Mahkamah Tinggi Mahkamah Rayuan hantar semula permohonan semakan Bung Moktar, Zizie Izette ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688715464_BungMoktarRadin.jpg)
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank. - Foto BERNAMA
![Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731365356_NorthernGaza.jpg)
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 Februari 2025]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
2. Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
3. Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama seperti negara Islam lain - PM
1. Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
2. Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
3. Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama seperti negara Islam lain - PM
![ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738798565_TBTerengganuFC.jpg)
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738800210_tbwanitamautKebak.jpg)
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
![MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738797857_TBmotogp.jpg)
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
![Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738795020_tbpesakitkansergen.jpg)
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
![Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738797031_tbKementerianLuarN.jpg)
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
![K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738798311_TBlemas.jpg)
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
![Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
![Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025 Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733386524_BungMoktarRadin.jpg)
Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
![Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731896148_BungMoktarRadinZ.jpg)
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
![Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731893298_BungMoktarRadin.jpg)
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
![Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731816144_TBBung.jpg)
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
![PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731303277_BungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
![PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730595307_TBBungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
![PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726124215_BungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
![PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678432176_TBBungMoktarRadin.jpg)
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
![Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243345_TBRAYUAN.jpg)
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
![Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711975693_BungMoktarRadin.jpg)
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.