PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang rakyat Amerika Syarikat kerana membunuh bekas isterinya di sebuah hotel pada tahun 2016.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk P Ravinthran serta Datuk Zabariah Yusof (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) mengesahkan penemuan Mahkamah Tinggi bahawa Gerald Wayne Mickelson adalah bersalah kerana membunuh Guilda Mickelson, juga seorang warganegara Amerika Syarikat.
Ravinthran dalam penghakimannya hari ini juga berkata pengakuan dibuat Gerald bahawa dia membunuh Guilda telah diterima dengan cara yang betul sebagai bukti.
Malah, jika sebaliknya, penemuan kami bahawa hakim perbicaraan mempunyai bukti yang cukup di hadapannya untuk merumuskan bahawa perayu (Gerald) berniat untuk mencederakan si mati yang pada lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian,” kata beliau semasa menolak rayuan Gerald.
Hakim Ravinthran berkata bukti perubatan mengesahkan punca kematian adalah dicekik dengan tangan dan kedua-dua perayu dan si mati berada di dalam pergelutan, satu kesimpulan yang dapat dibuat ialah perayu telah mencekik Guilda sehingga mati.
Beliau berkata hakim perbicaraan menemui unsur niat untuk mencederakan turut dibuktikan.
“Mengenai bukti, perayu telah tanpa diragui didapati mencekik bekas isterinya sehingga mati, pada pandangan kami tiada ruang untuk mempertikaikan kecederaan pada tubuh adalah tanpa niat atau tidak disengajakan,” katanya.
Gerald, 65 disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada September 2018 membunuh bekas isterinya, Guilda, 61, dalam sebuah bilik hotel di Lingkaran Syed Putra, Brickfields, Kuala Lumpur antara pukul 5 hingga 11 pagi pada 26 November 2016.
Seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan berkata pada hari kejadian, pihak hotel menerima satu panggilan menerusi interkom daripada seorang lelaki meminta polis datang ke suite yang disewanya kerana ada “masalah”.
Seorang pegawai bertugas dan seorang pegawai keselamatan naik ke bilik terbabit dan tetamu yang kemudian dikenal pasti sebagai perayu memberitahu mereka bahawa bekas isterinya telah mati dan dia memberitahu staf hotel itu bahawa dia membunuhnya.
Dalam pembelaannya, Gerald berkata dia tidak berniat untuk membunuh tetapi mempertahankan dirinya yang diserang secara fizikal oleh bekas isterinya yang cuba menahan dia daripada meninggalkan suite hotel itu.
Peguam Datuk N Sivananthan yang kini mewakili Gerald ketika dihubungi berkata, anak guamnya sedang menunggu tarikh pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Hakim Ravinthran berkata bukti perubatan mengesahkan punca kematian adalah dicekik dengan tangan. -Gambar fail
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.
Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.
Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.
Titah Adendum: Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati tiada cabaran daripada pihak responden terhadap bukti tambahan yang dikemukakan.