Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memberikan ganjaran RM100,000 sebagai ganti rugi kepada pelakon dan pelawak Johan Raja Lawak yang menyaman pengarah filem dan drama dan syarikatnya bagi kecederaan dialami penghibur itu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus bagaimanapun mengetepikan ganti rugi RM20,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada isteri Johan, Rozlinawaty Ismail.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat penerbitannya Juara Filem Sdn Bhd terhadap liabiliti dan ganti rugi diberikan kepada Rozlinawaty, tetapi menolak rayuan mereka terhadap liabiliti dan jumlah ganti rugi diberikan kepada Johan.
Mohd Hishamudin menolak rayuan Mohd Javed bagi RM50,000 sebagai kos perundangan yang diberikan Mahkamah Tinggi kepada Johan, atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz.
Hakim juga memberikan award RM10,000 sebagai kos perundangan kepada Mohd Javed bagi prosiding di Mahkamah Rayuan.
Pada 18 Julai, 2010, Johan, 29, dan Rozlinawaty, yang juga dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman sivil RM1 juta terhadap Mohd Javed dan syarikatnya bagi kecederaan dialami pasangan itu semasa perbincangan di sebuah restoran di Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan pada Mei tahun yang sama.
Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa Mohd Javed telah menyerang Johan menyebabkan kecederaan pada dahinya, dan isterinya juga mendakwa beliau telah dipukul semasa beliau cuba menghalangnya (Mohd Javed) dan kru syarikat penerbitan itu daripada memukul Johan.
Pasangan itu mendakwa Mohd Javed telah menterbalikkan meja kerana marah.
Mohd Javed merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Julai tahun lepas yang mengarahkan beliau dan syarikatnya membayar ganti rugi RM100,000 kepada Johan dan RM20,000 kepada Rozlinawaty.
Peguam R. Jayasingam dan Baljit Singh mewakili Mohd Javed dan syarikatnya manakala Johan dan Rozlinawaty diwakili peguam Suhaimi Saad.
Bernama
Tue Apr 21 2015

Panel tiga hakim bagaimanapun mengetepikan ganti rugi RM20,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada isteri Johan.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.
Pempengaruh antarabangsa kongsi kegembiraan bersama penduduk Pulau Bum-Bum
Beberapa pempengaruh antarabangsa berkunjung ke Pulau Bum-Bum bagi merasai pengalaman berpuasa selain berkongsi kegembiraan bersama penduduk menerusi inisiatif Changemakers 2025 MyFoundation.
Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata penggantungan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dalam parti itu yang diumumkan sebelum ini adalah sah dan rasmi.
Program Ketuk Sahur tingkat perpaduan antara kaum
Sebanyak 250 buah rumah akan dikunjungi dalam Program Ketuk Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka termasuk rumah penduduk bukan Islam.
Jentera UMNO guna pendekatan lebih sistematik hadapi PRN-17
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed optimis tahap kesiapsiagaan umno sabah juga kini sudah di tahap yang memuaskan dan bersedia untuk bertarung dengan mana-mana parti pada
APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya rampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi tanpa permit di percayai cuba di seludup ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, Selasa lepas.
Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Treler alami masalah brek, dua pemandu berdepan detik cemas
Ketika kejadian, treler terbabit membawa muatan simen dari Batu Gajah ke Genting Highlands.

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.

APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.

Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Dengan kemenangan itu kedua-duanya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji serta cenderamata dan sijil penyertaan.

Penuntut Malaysia juara pertandingan pidato umum dunia
Pavit, penuntut Universiti Multimedia kampus Melaka yang mewakili ESUM, menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara pada finale.

Enam pelajar sekolah luar bandar di Besut menang anugerah antarabangsa
Pelajar SMK Kuala Besut muncul johan pertandingan akhir 'Kid Witness News Global Summit 2020' dengan mengalahkan dua pesaing lain dari Jepun dan Vietnam.

UIAM johan Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-26
Muhammad Wafi Anwar, mahasiswa tahun satu Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, diumum sebagai pendebat terbaik, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah termasuk wang tunai RM2,000.

CEO Bank Islam letak jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd, Khairul Kamarudin telah meletak jawatan pada Jumaat.

Ozlynn cerita kisah malam pertama bersama Johan
Ozlynn mendedahkan perangai sebenar Johan, berdasarkan pengalamannya pada malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri.

Johan berang maklumat peribadi didedah pihak tidak bertanggungjawab
Penyampai radio Erm FM, Johan meluahkan rasa kecewa apabila maklumat peribadinya didedahkan pihak tidak bertanggungjawab.

Mahkamah rayuan kekalkan ganti rugi RM100,000 kepada Johan Raja Lawak
Mahkamah rayuan kekalkan ganti rugi RM100,000 kepada Johan Raja Lawak yang menyaman pengarah filem dan drama dan syarikatnya bagi kecederaan dialami penghibur itu.