Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di sini empat tahun lepas.
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.
Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.
Azahar menjelaskan panel telah meneliti secara mendalam enam alasan utama yang diutarakan terutamanya oleh pihak perayu (Dr Mohamad Khir) mengapa rayuan tersebut seharusnya dibenarkan.
Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Untuk isu pertama, Dr Mohamad Khir selaku ahli lembaga serta pengerusi PKNS telah menjalankan banyak menunaikan tanggungjawab ekskutifnya dan beliau termasuk dalam tafsiran sebagai penjawat awam.
Bagi isu kedua, beliau berkata perayu memang telah menunjukkan minat terhadap hartanah tersebut sejak 2004 dan akhirnya Shamsuddin bersetuju untuk menjualnya pada harga RM3.5 juta untuk menjaga kepentingan perniagaannya di mana beliau membuat banyak berurusan terutamanya dengan PKNS.
"Transaksi tersebut dibuat bukan di atas dasar 'willing buyer and willing seller' di mana SP2 telah membeli haratanah tersebut pada harga RM7 juta," jelas Azahar.
Dr Mohamad Khir, 48, dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Beliau yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Azahar berkata hujah peguam perayu bahawa penilaian hartanah yang dibuat juruperunding dari Rahim & Co sebanyak RM3.5 juta yang dibuat berdasarkan nilai pasaran, tidak boleh mengikat mahkamah dan ia perlu ditaksirkan berdasarkan kepada penilaian keseluruhan fakta transaksi hartanah tersebut.
Mengenai isu bahawa SP2 (Shamsuddin) adalah rakan sejenayah, Azahar menjelaskan bahawa hakim perbicaraan telah mendapati SP2 merupakan seorang saksi yang berkredibiliti serta bukan mengambil bahagian dalam jenayah itu secara sukarela.
Azahar berkata SP2 pada asalnya (pada 2004) ketika Dr Mohamad Khir menunjukkan minat terhadap hartanah terbabit, telah menawarkan harga RM6.5 juta dan terpaksa bersetuju kepada harga yang lebih rendah kemudiannya kerana untuk menjaga kepentingan perniagaannya sebagai kontraktor.
"Selain itu, saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak perayu di peringkat pembelaannya telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah, serta pembantu peribadi perayu juga telah memberikan keterangan bercanggah," jelas Azhar.
Dr Mohamad Khir yang berada di kandang tertuduh kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam dan bersalaman dengan penyokongnya yang hadir di mahkamah.
Sementara itu, Muhammad Shafee memberitahu pemberita beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan hari ini.
Bernama
Thu May 30 2013
![Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara terhadap Khir Toyo Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara terhadap Khir Toyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71369954239_295x200.jpg)
![Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879745_TBMarcelo.jpg)
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
![PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738880366_TBPGA.jpg)
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
![Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738879357_TBLisandroMartinez.jpg)
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
![MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738878458_TBmotogp.jpg)
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
![Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738877613_TBKhanYounis.jpg)
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
![Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879165_TBJabaliya.jpg)
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
![Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024 Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738877465_TBtokyo.jpg)
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
![Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025 Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721819641_tbbahangterikmatah.jpg)
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
![Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738878152_TBamarjit.jpg)
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
![Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738842894_TBGOBIND.jpg)
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
![Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653915389_BekasMenteriBesar.jpg)
Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.
![Pemilihan UMNO: Saarani, Tengku Zafrul menang tanpa bertanding, Khir Toyo buat kemunculan semula Pemilihan UMNO: Saarani, Tengku Zafrul menang tanpa bertanding, Khir Toyo buat kemunculan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677663616_MASHUP.jpg)
Pemilihan UMNO: Saarani, Tengku Zafrul menang tanpa bertanding, Khir Toyo buat kemunculan semula
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.
!['Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo 'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656315225_TBkhirtoyo.jpg)
'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.
![Khir Toyo kembali tanding jadi calon BN pada PRU15? Khir Toyo kembali tanding jadi calon BN pada PRU15?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653915737_BekasMenteriBesar.jpg)
Khir Toyo kembali tanding jadi calon BN pada PRU15?
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO sama ada untuk memilih beliau sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
!['Ini bukan masanya lobi jadi calon' - Noh 'Ini bukan masanya lobi jadi calon' - Noh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653837298_TBNOHOMAR.jpg)
'Ini bukan masanya lobi jadi calon' - Noh
Pemimpin politik terutama di negeri Selangor diingatkan terus bekerja untuk mendekati rakyat dan bukan menawarkan diri menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Kes SRC: Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah Kes SRC: Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81595916809_najib.jpg)
Kes SRC: Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah
Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaran dalam hujahnya memetik beberapa contoh kes beberapa pemimpin sebelum ini termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.
![Surat terbuka Nurul Izzah kepada PM: Mohon pertimbang tempatkan Anwar di hospital Surat terbuka Nurul Izzah kepada PM: Mohon pertimbang tempatkan Anwar di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441705393_NURULIZZAH.jpg)
Surat terbuka Nurul Izzah kepada PM: Mohon pertimbang tempatkan Anwar di hospital
Nurul Izzah Anwar memohon Perdana Menteri untuk mempertimbangkan rayuan supaya ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempatkan di hospital sementara menunggu pembedahan otot bahunya kelak.
!['Hanya calon tempatan boleh menang di Sungai Besar' - Khir Toyo 'Hanya calon tempatan boleh menang di Sungai Besar' - Khir Toyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463461931_MohamadKhirToyo.jpg)
'Hanya calon tempatan boleh menang di Sungai Besar' - Khir Toyo
Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon tempatan sebagai faktor kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun ini.
![Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81451187808_SyedRosliSyedHarman.jpg)
Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
SPRM diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli banglonya di Shah Alam.
![Catatan terakhir Khir Toyo sebelum ke penjara Catatan terakhir Khir Toyo sebelum ke penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61443518428_KhirToyo.jpg)
Catatan terakhir Khir Toyo sebelum ke penjara
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memuat naik satu catatan yang terakhir sebelum beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang pada Selasa.