Samirah Muzaffar yang menghadapi pertuduhan membunuh suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan, gagal sekali lagi untuk dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
Permohonan beliau untuk dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 3 Sept ini, telah sebulat suara ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Kamardin Hashim, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
"Kami tidak yakin bahawa yang arif hakim (Hakim Mahkamah Tinggi) telah melakukan kesilapan dalam menjalankan budi bicaranya untuk tidak membenarkan jaminan. Oleh itu, notis usul ditolak," kata Kamardin yang mengetuai panel hakim berkenaan.
Samirah, 44, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO); dua remaja berusia 14 dan 17; dan seorang warganegara Indonesia Eka Wahyu Lestari, yang kini masih bebas, dituduh membunuh Nazrin, 47.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, dekat sini, antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018, dan 4 pagi pada 14 Jun 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan itu.
Pada 27 Mac, kedua-dua remaja lelaki itu dibenarkan diikat jamin masing-masing RM50,000 dengan dua penjamin.
Sementara itu, Samirah memfailkan permohonan ikat jamin yang baharu di Mahkamah Rayuan selepas permohonan ikat jaminnya yang pertama ditolak oleh Mahkamah Tinggi 11 April lepas.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa beliau akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan dan memohon mahkamah menulis penghakiman.
BACA: Mahkamah tolak permohonan ikat jamin balu CEO Cradle Fund
Terdahulu , mahkamah mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin bahawa jika Samirah diberikan jaminan, ia mungkin prejudis kepada kes pendakwaan kerana berkemungkinan menganggu saksi.
Mahkamah mendengar permohonan berkenaan pada 26 April dan disambung semula pada Jumaat.
Jamil juga menolak hujah Shafee bahawa tiada motif pembunuhan Nazrin dan menambah bahawa pendakwaan akan mengemukakan bukti semasa perbicaraan untuk menunjukkan adanya motif.
Muhammad Shafee berhujah bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan Samirah diikat jamin dan mahkamah boleh menjalankan budi bicaranya untuk berbuat demikian bagi kesalahan yang serius.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2019

Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar keluar dari Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas mengikuti prosiding rayuan anaknya, Samirah untuk dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan di Putrajaya, 10 Mei, 2019. -- Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Balu Tragedi Tanduo akan buat laporan polis siasat isu perobohan rumah
Sitti Bandorah Mahalil berkata beliau sedia dibicarakan mengikut laras undang-undang dalam usahanya mempertahankan rumah pusaka tersebut.

Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.

Veteran ATM tidak berpencen, balu turut terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM23 juta itu bakal memberi manfaat kepada sejumlah 92,013 veteran dan balu veteran ATM yang tidak berpencen.

"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.

Pesara hakim, balu saman kerajaan, PM berhubung kegagalan kenaikan pencen
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.

Balu Allahyarham Abam mohon maaf, wakilkan abang untuk jawab WhatsApp
Semoga semuanya selesai.

Mahkamah benarkan jaminan RM500,000 ke atas Samirah sementara menunggu perbicaraan
Samirah mesti berada di dalam rumah dari 6 petang hingga 8 pagi dan dia juga dihalang daripada berada di tempat awam serta menghadiri majlis umum, kecuali perkara berkaitan keluarga dan keagamaan.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan ikat jamin balu CEO dituduh bunuh suami
Permohonan beliau untuk dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 3 Sept ini, telah sebulat suara ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.

Isteri, dua remaja mengaku tidak bersalah bunuh CEO Cradle Fund
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Disaran berkahwin dengan balu anggota Seventeen, ini respon Ifan... Pedas!
Alamak! Cadangan apa tu?