Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan aktivis Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh, diselesaikan secara baik.
Peguam Melissa Sasidaran, yang mewakili Maria, memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat cadangan itu semasa pengurusan kes di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohammed Nasser Yusof mewakili Jamal.
Katanya mahkamah menetapkan 9 Jan depan untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan proses penyelesaian yang disarankan itu.
Pada 7 Okt lepas, Maria, 60, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyaman Jamal yang merupakan pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept lepas, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Plaintif juga mendakwa, pada 4 Okt lepas, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Okt di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
![Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482838035_MariaChinJamalYunos.jpg)
Mahkamah Tinggi mencadangkan kes saman fitnah difailkan Maria Chin Abdullah terhadap Jamal Md Yunus diselesaikan secara baik. - Gambar fail
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482838035_MariaChinJamalYunos.jpg)
Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.
![Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482838035_MariaChinJamalYunos.jpg)
Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik
Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Maria Chin Abdullah terhadap Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish diselesaikan secara baik.
![Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480418066_MariaChinAbdullah.jpg)
Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin
Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
![Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479214459_MariaChinAbdullah.jpg)
Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina
Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.
![Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis - Nur Jazlan Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81478250057_MariaChinAbdullah.jpg)
Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis - Nur Jazlan
Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 bertujuan membantu siasatan polis.
![Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479214459_MariaChinAbdullah.jpg)
Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan
Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), memfailkan permohonan habeas corpus.
![Belajar bagaimana berhimpun secara aman - Maria Chin Belajar bagaimana berhimpun secara aman - Maria Chin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479216254_MariaChinBersih.jpg)
Belajar bagaimana berhimpun secara aman - Maria Chin
Maria Chin 'menjemput' Gerakan Baju Merah bersama ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk belajar bagaimana sertai himpunan aman.
![Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477466731_KhalidAbuBakar.jpg)
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.
![Terima dana Soros: Jabatan Peguam Negara belum terima kertas siasatan Terima dana Soros: Jabatan Peguam Negara belum terima kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453792260_MohamedApandiAli.jpg)
Terima dana Soros: Jabatan Peguam Negara belum terima kertas siasatan
Jabatan Peguam Negara masih belum menerima kertas siasatan daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan beberapa organisasi yang menerima dana daripada hartawan George Soros.
![Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81478250057_MariaChinAbdullah.jpg)
Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.