SINGAPURA: Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan warganegara Malaysia, Nagaenthran K. Dharmalingam berhubung hukuman mati yang dihadapinya.
Mahkamah membacakan keputusannya pada Selasa selepas mengekalkan penghakiman perbicaraan Nagaentran yang diadakan pada 1 Mac.
Peguam M Ravi menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan bahawa "Mahkamah menganggap rayuan itu sebagai menyalahi proses dan undang-undang antarabangsa tidak terpakai."
"Nagaenthran yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental akan dihukum gantung mungkin dalam beberapa hari akan datang," menurut Ravi.
Ravi memberi bantuan teknikal kepada peguam Nagaentran, Violet Netto.
Perbicaraan hari ini berlangsung di hadapan panel hakim lima orang terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon, Hakim Andrew Phang, Judith Prakash, Belinda Ang dan Chao Hick Tin.
Selain rayuan itu, peguamnya, Violet Netto, turut memohon mahkamah menggunakan kuasanya bagi membolehkan Nagaenthran menjalani penilaian pakar psikiatri.
Nagaenthran yang berasal dari Perak dijatuhkan hukuman mati pada 2010 selepas disabitkan kesalahan mengedar 42.72 gram dadah jenis heroin pada 2009 di Singapura yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.
Kes Nagaenthran telah menarik perhatian antarabangsa.
Pada 7 Nov 2021, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah mengutus surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong memohon kelonggaran berhubung kes ini.
Sementara itu pada 3 Dis lepas, Presiden Singapura, Halimah Yacob berkata, Nagaenthran telah melalui segala proses mengikut undang-undang.
Peguam Nagaenthran mendakwa anak guamnya kurang upaya daripada segi intelek.
Nagaenthran dijadualkan menjalani hukuman gantung pada 10 Nov 2021 tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Mahkamah menganggap rayuan itu sebagai menyalahi proses dan undang-undang antarabangsa tidak terpakai. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Siasatan lanjut penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura tangguh ke 10 Julai
Mahkamah Singapura benarkan penangguhan dua minggu lagi untuk jalankan siasatan lanjut ke atas lelaki yang didakwa menyerang Kamal Adli.
Mahkamah Singapura tangguh kes bagi pendakwa raya sedia tawaran untuk penyerang Kamal Adli
Hakim Daerah Terence Tay turut mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan kes.
Mahkamah Singapura tangguh kes lelaki serang Kamal Adli kepada 30 Mei
Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan empat minggu lagi untuk pegawai penyiasat melengkapkan siasatan ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli.
Penyerang pelakon Kamal Adli tidak dibenar ikat jamin
Mahkamah Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.
Curi kad ATM majikan, pembantu rumah didakwa bawa keluar RM47,176
Seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa atas kesalahan mencuri kad ATM majikannya berusia 75 tahun.
Mahkamah Singapura tolak rayuan hukuman mati rakyat Malaysia
Mahkamah menganggap rayuan itu sebagai menyalahi proses dan undang-undang antarabangsa tidak terpakai.
Warga Malaysia dipenjara seumur hidup, 18 sebatan sebab kematian penyelia di Singapura
Seorang pekerja pembersihan warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 18 sebatan oleh Mahkamah Singapura.
Lelaki dipenjara tujuh minggu rakam video wanita mandi
Seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu oleh Mahkamah Singapura hari ini selepas mengaku bersalah merakam video seorang wanita yang sedang mandi.