JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, menangguhkan ketetapan fakta dan hukuman terhadap seorang pengasuh taska atas dua pertuduhan bertindak cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua bayi, Mac lalu ke tarikh 15 Ogos ini.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim sepatutnya menjatuhkan hukuman kepada Nurul Shahira A'shiqin Sulaiman, 28, namun prosiding terpaksa ditangguhkan kerana hakim sedang dirawat di hospital.
Peguam tertuduh Syufri A Samad yang ditemui di luar mahkamah mengesahkan perkara berkenaan.
Sebelum itu, tertuduh yang mengenakan baju kurung tiba bersama ahli keluarganya pada jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Pada 21 Mei lalu, Nurul Shahira mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu ketika prosiding pendakwaan kes di hadapan hakim terbabit.
Berdasarkan dua pertuduhan itu, wanita yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan, didakwa bertindak cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini di sini, kira-kira jam 1 tengah hari Mac lalu.
Bagi dua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah ketika itu, membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi kes.
Sebelum itu, pada Mei lalu tular di media sosial dua video masing-masing berdurasi 48 saat dan 39 saat memaparkan seorang wanita mengasari seorang bayi.
Tindakan wanita itu mengundang kemarahan netizen selepas dilihat memukul bayi yang sedang menangis itu dengan menepuk kepala bayi terbabit.
Malah, wanita yang kelihatan marah kerana bayi itu menangis turut meniup muka bayi terbabit sehingga menyebabkan bayi itu seperti sukar bernafas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 02 2023

Pada 21 Mei lalu, Nurul Shahira mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu ketika prosiding pendakwaan kes di hadapan hakim terbabit. - Gambar/ Sinar Harian

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Banjir: Kanak-kanak lelaki berusia setahun maut ditemukan lemas di Tumpat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam air di sebuah rumah di Tumpat.

Kanak-kanak meninggal dunia: Pengasuh direman enam hari
Seorang pengasuh yang ditahan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun direman selama enam hari.

Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.

Suspek kes keropok beracun direman enam hari
Tahanan reman ke atas pekebun itu bagi membantu siasatan membabitkan kematian kanak-kanak selepas disyaki makan keropok beracun.

Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk
Muhamad Abil Qaiz dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan susulan di ICU HUSM Kubang Kerian.

Mahkamah tangguh jatuh hukum pengasuh taska cuai
Mahkamah menangguhkan ketetapan fakta dan hukuman terhadap seorang pengasuh taska atas dua pertuduhan bertindak cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua bayi, Mac lalu.

Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan
Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kanak-kanak 11 tahun maut, mangsa pertama strok haba
Muhamad Syamil Aqil dikatakan meninggal dunia jam 9.27 pagi Selasa semasa sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

'Mangsa dipukul, dicucuh objek panas seluruh badan'
Polis mengesahkan berlaku penderaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika menerima di ICU, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Isnin.

Seorang kanak-kanak maut, 7 cedera dalam insiden tembakan di Chicago
Polis tawar ganjaran US$9,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.