MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pempetisyen memohon menutup kes selepas gagal mengemukakan saksi penting untuk perbicaraan.
Peguam pempetisyen, Rosfinah Rahmat berkata waran tangkap terhadap Pengerusi Armada Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir gagal diserahkan kepada invididu berkenaan walaupun beberapa kali cuba diserahkan oleh polis, dengan kali terakhir pada 11 Sept lepas.
"Akmal Zahin seperti dalam bukti-bukti video menunjukkan pemberian wang dilakukannya dan dia adalah saksi penting kita. Jadi hari ini kerana tidak dapat melaksanakan waran tangkap tersebut, maka kami menutup kes.
Mahkamah kemudian menetapkan tiga tarikh penting iaitu hujahan pihak-pihak secara bersama pada 9 Okt sementara jawapan hujahan pada 16 Okt dan keputusan akhir pada 27 Okt," katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Tinggi Melaka menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid bagi menafikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dengan kos RM20,000.
Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun memerintahkan petisyen berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Sementara itu, peguam Mas Ermieyati, Mohd Faizi Che Abu berkata beban mengemukakan saksi terletak kepada pihak pempetisyen kerana pihak tersebut mendakwa Akmal Zahin terlibat dengan aktiviti sogokan ketika tempoh berkempen.
"Adalah tidak adil minta Mas Ermieyati untuk bawa saksi sokong pempetisyen. Dari segi undang-undang siapa yang mendakwa, dia yang kena buktikan.
Dalam kes ini, mereka dakwa Akmal Zahin bagi duit dan dakwa Yang Berhormat (Mas Ermieyati) adakan jamuan sebagai rasuah. Jadi dia (pempetisyen) kena buktikan benda itu dan berkaitan dengan Akmal Zahin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Media sebelum ini melaporkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Tinggi Melaka menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid. - Gambar fail/FB Mas Ermieyati

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

UPKO bantu calon Warisan dalam PRK Parlimen Kimanis
Beliau berkata UPKO telah mengadakan mesyuarat dan melantik jentera PRK bagi memastikan setiap ahli UPKO di Parlimen Kimanis akan keluar mengundi pada hari pengundian dan memilih calon kerajaan.

PRK Kimanis: SPR tunggu perakuan Mahkamah Persekutuan untuk tindakan lanjut
Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan Anifah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos lepas bahawa kemenangannya di Parlimen Kimanis pada PRU14 tidak sah dan terbatal.

PRK Cameron Highlands: Hari mengundi 26 Jan, penamaan 12 Jan
Suruhanjaya Pilhan Raya SPR hari ini mengumumkan 12 Januari 2019 sebagai hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil (P.078) Cameron Highlands.

Dr Jeffrey kekal kerusi Parlimen Keningau
Susulan keputusan itu, Ravinthran turut memerintahkan Jikulin membayar kos RM10,000 kepada Jeffrey, yang juga presiden STAR Sabah.