KUALA LUMPUR: Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan saman berhubung keputusan Jemaah Menteri yang membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) kerana ia suatu keputusan dasar awam Kabinet.
Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata demikian melalui afidavit sokongan dalam permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman difailkan Mohd Hatta Sanuri, berhubung pembatalan projek infrastruktur itu membabitkan negara ini dan Singapura.
Ahmad Terrirudin menerusi affidavit difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 7 April, mendakwa isu itu tidak wajar (bukan dalam bidang kuasa mahkamah) kerana keputusan Kabinet adalah berdasarkan rundingan dengan Singapura serta kajian tentang kepentingan dan kos ekonomi negara.
Mohd Hatta, 47, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 30 Dis lepas, dengan menamakan dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan selaku defendan pertama hingga kelima.
Ahmad Terriudin mendakwa kelima-lima defendan itu telah menggunakan kuasa mereka dengan betul berhubung keputusan Kabinet yang pada mulanya untuk menangguhkan projek berkenaan dan kemudian membatalkannya.
"Saya sesungguhnya percaya dan menegaskan tindakan plaintif adalah sangat jelas tidak dapat dipertahankan kerana plaintif tidak tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan ini dan keputusan defendan adalah keputusan dasar awam yang tidak boleh dibicarakan oleh mana-mana mahkamah.
"Dengan itu, saya sesungguhnya percaya dan menyatakan tindakan ini mengaibkan, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah yang mulia ini.
"Selain itu, plaintif juga tidak mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perkara itu, malah dia tidak mempunyai hak undang-undang untuk memfailkan tindakan sivil bagi pihak semua rakyat Malaysia yang lain," dakwa Ahmad Terrirudin.
Pada 1 Jan 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sepanjang 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis 2020.
Sehubungan itu, Malaysia membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penggantungannya.
Projek tersebut dijangka menyediakan tiga perkhidmatan utama iaitu perjalanan secara terus antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit, perkhidmatan domestik di Malaysia dan perkhidmatan ulang-alik dari Iskandar Puteri (Johor) sehingga Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Ahmad Terrirudin berkata demikian melalui afidavit sokongan dalam permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman difailkan Mohd Hatta Sanuri. - Gambar fail/Astro AWANI
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mahkamah tiada kuasa bicarakan saman berkaitan projek HSR - Peguam Cara Negara
Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan saman berhubung keputusan Jemaah Menteri yang membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).