KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan penggulungan Universal Cable (M) Berhad dan Leader Cable Industry Berhad, yang kedua-duanya subsidiari Sarawak Cable Berhad selepas membenarkan petisyen OCBC Bank.
Ini susulan percubaan syarikat untuk mendapatkan kelulusan daripada pemiutangnya untuk skim pengaturan hutang yang melibatkan Leader Cable dan Universal Cable pada 26 September tidak berjaya.
Petisyen itu asalnya difailkan oleh OCBC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2023 dengan Sarawak Cable mendedahkan bahawa Leader Cable dan Universal Cable (responden) berhutang OCBC (pempetisyen) masing-masing berjumlah RM46.158 juta dan RM28.352 juta pada 15 September 2022, dengan faedah terakru.
Pada pendengaran petisyen berkenaan pada Rabu (15 Mei 2024), Mahkamah membenarkan Petisyen 1 dan Petisyen 2 OCBC dan memerintahkan penggulungan Universal Cable dan Leader Cable Industry Berhad.
Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia semalam, Sarawak Cable berkata, Mahkamah juga melantik Goh Hua Yang Eddie dan Khoo Siew Kiat Messrs Deloitte Restructuring Services PLT, yang dilantik bersama, dan beberapa pelikuidasi kedua-dua syarikat.
"Syarikat sedang mendapatkan nasihat peguam cara untuk tindakan seterusnya," katanya dalam pemakluman itu.
Dalam pemfailan terdahulu pada 10 Oktober lalu, Sarawak Cable mengingatkan yang pada 26 September 2022, responden telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching untuk kebenaran mengadakan mesyuarat mahkamah (CCM) dengan pemiutangnya bagi menimbangkan cadangan skim pengaturan dan kompromi antara responden dan pemiutangnya.
Anak-anak syarikatnya juga memfailkan perintah sekatan untuk menghentikan prosiding lanjut dalam sebarang tindakan undang-undang atau prosiding terhadap responden.
OCBC tidak bersetuju dengan skim penyusunan itu dan mengundi menentang CCM, yang diadakan pada 26 September. Pemiutang, termasuk pempetisyen, menolak dua daripada sepuluh skim penyelesaian hutang. - DagangNews.com
Dagang News
Thu May 16 2024

Sarawak Cable berkata, Mahkamah juga melantik Goh Hua Yang Eddie dan Khoo Siew Kiat Messrs Deloitte Restructuring Services PLT dan beberapa pelikuidasi kedua-dua syarikat. - Foto DagangNews
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Sebutan kes ahli keluarga penyerang 12 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapkan 12 Disember depan untuk pengurusan kes tiga ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram.

Seleweng RM2.3b dana 1MDB: Tuduhan terhadap Najib sah, tidak cacat - Hakim
Mahkamah juga mendapati saksi pendakwaan mempunyai kredibiliti dan tiada siasatan yang berat sebelah.

Pengarah SRC bebas letak jawatan jika tidak setuju dengan keputusan syarikat - Najib
Najib memberi contoh bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang mengambil keputusan berundur pada Okt 2009 atas alasan itu.

Kes lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Johor Bahru memindahkan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram 17 Mei lepas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes 1MDB: Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.

Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.

Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.