KUALA LUMPUR:Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai 'Alvin Goh' yang direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan sindiket perjudian dalam talian, akan kekal dalam tahanan polis sehingga 20 Dis.
Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid yang menolak permohonan ahli perniagaan itu yang nama sebenarnya adalah Goh Leong Yeong, 32, selepas dia memfailkan permohonan habeas corpus supaya dibebaskan serta-merta.
"Setelah mempertimbangkan penghujahan bertulis dan otoriti yang dipohon oleh pemohon (Goh) dan responden, saya bersetuju dengan pihak responden untuk bantahan awal.
"Oleh itu, saya menolak permohonan (habeas corpus) ini," kata Azhar dalam keputusan ringkas selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Goh memfailkan permohonan itu melalui notis usul di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Nov lepas, menamakan pegawai penyiasat ASP Khairul Fairoz Rodzuan, seorang Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku responden pertama hingga keempat.
Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Gobind Singh Deo dan Jacky Loi mewakili Goh manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bagi pihak responden.
Goh dilaporkan melarikan diri dengan memanjat pagar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bulan lalu, sebaik sahaja dibebaskan SPRM berhubung siasatan mengenai perjudian dalam talian.
Terdahulu, Muhammad dalam hujahannya mengenai bantahan awal terhadap permohonan habeas corpus berkata permohonan itu telah menjadi akademik dan tiada isu langsung kerana Goh mencabar perintah reman 21 hari (sebelum ini) di bawah POCA.
“Tetapi dia sekarang direman selama 38 hari, selepas polis mendapat perintah tahanan 38 hari lagi daripada Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lepas.
“Bagaimanapun, permohonan hari ini adalah untuk mencabar perintah tahanan selama 21 hari itu,” katanya lagi.
Sementara itu, Sri Ram berhujah penahanan anak guamnya di bawah seksyen POCA, adalah tidak berperlembagaan, dan oleh itu apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawahnya adalah tidak sah.
Kemudian, Muhammad memberitahu media bahawa Goh sekarang menjalani tahanan 38 hari di bawah POCA yang berakhir pada 20 Dis.
Dalam permohonan itu, Goh berkata penangkapan dan penahanannya pada 27 Okt lepas di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan di bawah Seksyen 4(1)(a) POCA pada 31 Okt adalah tidak sah, tidak berasas, tidak mematuhi prosedur dan bersifat mala fide (berniat jahat).
Lelaki itu juga memohon perintah bahawa perintah tahanan reman bertarikh 31 Okt lepas oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang membenarkan penahanannya selama 21 hari mulai 31 Okt sehingga 21 Nov di bawah POCA adalah tidak sah.
Pada 2 Nov, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Addy Kana’, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad untuk writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya mereka dibebaskan segera.
Mereka juga ditahan di bawah POCA untuk siasatan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 16 2020

Goh dilaporkan melarikan diri dengan memanjat pagar ibu pejabat SPRM di Putrajaya bulan lalu, sebaik sahaja dibebaskan SPRM berhubung siasatan mengenai perjudian dalam talian. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Ditahan di bawah POCA, Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan 'Datuk', dua anggota polis
Panel lima hakim menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Datuk Addy Kana, Koperal Muhamad Amin dan Koperal Mohd Hairy selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah Tinggi tolak habeas corpus Alvin Goh supaya dibebaskan serta-merta
Muhammad berkata permohonan itu telah menjadi akademik dan tiada isu langsung kerana Goh mencabar perintah reman 21 hari sebelum ini di bawah POCA.

Alvin Goh direman 21 hari di bawah POCA
Suspek sebelum ini bersembunyi dari satu ke satu lokasi lain selepas melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM.