Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) untuk mencabar fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai 'sesat dan menyeleweng' kerana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung isu fatwa.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan bahawa fatwa ialah perkara yang diputuskan di bawah Undang-undang Islam dan tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Beliau berkata Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung apa-apa perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
"Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa tidak memberikan relif oleh pemohon, saya tidak menyentuh mengenai merit," kata beliau ketika menolak permohonan semakan kehakiman.
Beliau juga berkata walaupun jika SIS tidak mempunyai remedi di Mahkamah Syariah, ia tidak memperuntukkan Mahkamah Sivil bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.
"Ia adalah bagi penggubal undang-undang untuk memperuntukkan remedi," kata beliau sambil menambah bahawa mahkamah perlu mengikut undang-undang yang diluluskan oleh penggubal undang-undang.
Pada 10 Disember, 2014, SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mendapat kebenaran daripada hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad untuk memulakan semakan kehakiman.
Hari ini, mahkamah mendengar merit bagi permohonan semakan kehakiman.
Forum SIS (Malaysia) memfailkan permohanan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada agama Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden.
Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan mana-mana pertubuhan, individu serta kumpulan yang berpegang kepada fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme' adalah menyeleweng dari ajaran Islam.
Pemohon juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS mengarahkan, melalui fatwa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat laman web sosial yang bertentangan dengan ajaran islam adalah bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mereka, antara lain, memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS adalah bercanggah dengan Perkara 10, 11, 74 dan Senarai I dan II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa SIS, yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad secara jaminan, tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS.
Di luar mahkamah, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pemohon memberitahu pemberita bahawa anak-anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan kerana isu fatwa buat pertama kali dicabar melalui semakan kehakiman.
Bernama
Fri Jun 24 2016
Hakim memberitahu, alaupun jika SIS tidak mempunyai remedi di Mahkamah Syariah, ia tidak memperuntukkan Mahkamah Sivil bidang kuasa untuk mendengar perkara itu. - Gambar hiasan
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco
MAINJ melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti sedang meneliti keputusan MKI dengan melakukan proses semakan fatwa.
Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.
Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS
Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar telah diwartakan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan
Fatwa di bawah RUU Mufti (WP) 2024 hanya untuk orang Islam - Mohd Na'im
Fatwa yang diwartakan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 adalah hanya mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Per
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Isu GISB: Jawatankusa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum - Mohd Na'im
Mohd Na'im menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.
Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB
Jabatan Mufti Negeri Kelantan masih mengumpul bukti yang boleh mengaitkan GISB sebagai kumpulan ajaran sesat sebelum memutuskan sebarang fatwa tentangnya.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).