Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu dan memerintahkan perbicaraan diteruskan seperti ditetapkan sebelum ini.
Hakim sebelum ini menetapkan 3 hingga 4 Dis, 9 hingga 12 Dis, dan 16 hingga 19 Dis untuk Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menggelapkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Hakim Mohd Nazlan berkata beliau telah mempertimbangkan latarbelakang perbicaraan, permulaan dan kemajuan, tarikh penting dan arahan utama yang diberikan terlebih dahulu.
"Saya mendapati bahawa notis dan masa yang lebih daripada mencukupi telah diberikan kepada pemohon (Najib) untuk menyediakan dan merangka semula persiapan yang berkaitan. Permintaan untuk penangguhan mengikut pandangan saya tidak dapat dibenarkan. Oleh yang demikian, saya menolak permohonan dan perbicaraan akan disambung semula pada 3 Dis, " katanya.
Pasukan pembela memohon penangguhan secara lisan kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan pembelaan diri bagi Najib.
Terdahulu mahkamah juga mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak mengenai permohonan pihak pembela untuk memohon senarai saksi dari pihak pendakwa.
Ini adalah saksi-saksi yang pihak pendakwaan tidak menawarkan kepada pihak pembela tetapi kenyataan mereka telah dirakamkan.
Mengenai permohonan ini, Hakim Mohd Nazlan menyifatkannya sebagai "pengumpulan maklumat" apabila kenyataan yang diambil oleh pegawai penyiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dilindungi dan tidak tertakluk kepada pendedahan untuk pemeriksaan di mana-mana peringkat perbicaraan.
"Saya mendapati bahawa ujian keinginan dan keperluan, berhubung saksi-saksi yang telahpun ditawarkan kepada pihak pembela tidak dipenuhi kerana pemohon tidak mengenal pasti kenyataan saksi mana yang diperlukannya dan apakah peranan saksi-saksi dan kerelevanan keterangan itu.
"Dengan itu , saya menolak permohonan.
Terdahulu, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhujah bahawa mengikut Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etika) 1978, peguam tidak boleh mengambil kes jika mereka tidak mempunyai masa.
"Terdapat 4,000 hingga 5,000 peguam di negara ini. Jika pihak pembela memilih barisan peguambela yang sama, mereka mesti bersedia untuk berbuat demikian. Oleh itu, atas sebab-sebab itu Yang Arif, saya membantah penangguhan itu dan perbicaraan harus disambung semula pada 3 Dis," katanya.
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan peguambela untuk semua kes yang dihadapi Najib, manakala Harvinderjit Singh adalah peguam bersama.
Harvinderjit berhujah bahawa mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan kes pembela kerana sibuk dengan satu lagi kes Najib yang akan dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang akan bermula Isnin ini.
Pada 11 Nov, Hakim Mohd Nazlan memerintahkan Najib membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana SRC selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.
Najib, 66, yang juga Ahli Parlimen Pekan, mulanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018, untuk menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan salah satu pertuduhan salahguna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu seali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama. Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Najib didakwa melakukan kesemua kesalahan itu antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 15 2019

Najib mulanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018, untuk menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan salah satu pertuduhan salahguna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta. - Gambar fail/Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.