PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan projek Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak.
SPSB, selaku pemohon, meminta kebenaran untuk merayu dalam usaha untuk mengembalikan semula samannya yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan sama dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli, sebulat suara menolak permohonan itu dengan kos RM30,000.
"Kami tidak berpuas hati bahawa pemohon (SPSB) telah memenuhi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (supaya kebenaran diberikan). Oleh itu, kami menolak permohonan pemohon," kata Hakim Tengku Maimun pada prosiding yang dijalankan secara maya hari ini.
Panel itu membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan daripada peguam SPSB Annou Xavier dan Brian Ernest Cumming, yang mewakili Razali, yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, Johor.
Pada 13 Mac 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Razali untuk membatalkan saman itu, apabila memutuskan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau tidak memfitnah syarikat pemaju hartanah tersebut.
Pada 24 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan SPSB dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Razali memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada Oktober 2018 atas alasan tiada kausa tindakan munasabah untuk syarikat pemaju itu menyamannya.
SPSB memfailkan saman itu pada 16 Julai 2018, mendakwa Razali membuat beberapa kenyataan mengenai penglibatan SPSB sebagai pemaju utama projek KLVC di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Razali telah mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.
Syarikat itu menuntut ganti rugi RM100 juta serta permohonan maaf dan memohon perintah injunksi supaya Razali dihalang daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan berunsur fitnah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021

SPSB meminta kebenaran untuk merayu dalam usaha untuk mengembalikan semula samannya yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan sama dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. - Gambar/ BERNAMA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.