Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012 kerana mendapati rayuan beliau tidak mempunyai asas.
Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata rayuan Anwar tidak dapat dipertahankan dan didapati tidak berasas berikutan keadaan yang wujud bagi tiga tuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA).
Beliau merujuk kepada fakta bahawa bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan tetapi tidak dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Jan tahun lepas daripada kesemua tiga tuduhan berkaitan perhimpunan berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April 2012.
Menurut undang-undang, seseorang yang dibebaskan tetapi tidak dilepaskan, adalah tidak bebas sepenuhnya kerana dia boleh dikenakan semula pertuduhan.
Pada perbicaraan hari ini, peguam Ram Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak meneruskan pertuduhan terhadap anak guamnya (Anwar) kerana perintah mahkamah yang menjadi asas bagi pertauduhan itu telah diketepikan.
Pada 26 April 2012, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah melarang perhimpinan itu diadakan di Dataran Merdeka. Bagaimanapun, perintah itu dibatalkan Mahkamah Rayuan pada 6 Jun tahun lepas setelah memutuskan bahawa perintah itu tidak sah.
Anwar, 68, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak rujukan yang dibuatnya terhadap kesahan Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen (2) (c) PAA, yang melarang diadakan protes jalanan dalam cubaan mengetepikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut akta itu.
Pada 22 Mei 2012, Anwar dituduh bersama-sama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin menyertai satu protes jalanan pada 28 April 2012.
Mereka juga dikenakan pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan timbalan ketua PKR Rasah, Tangam Raju, peguam Rajesh Kumar Gejinder dan pemandu van, Farhan Ibrahim dengan menghasut mereka supaya mengalihkan besi pengadang di Jalan Raja, Kuala Lumpur pada hari sama.
Pada 2 Julai 2012, ketiga-tiga mereka dikenakan pertuduhan ketiga iaitu berkomplot dengan Tangam, Rajesh, Farhan dan lima penyokong lain Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) untuk mengingkari perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April 2012 yang melarang diadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012.
Pada 10 Jan tahun lepas, Mahkamah Sesyen mengeluarkan perintah membebaskan tetapi tidak melepaskan Anwar, Mohamed Azmin, Badrul Hisham, Tangam, Rajesh dan Farhan setelah memutuskan bahawa tuduhan terhadap mereka adalah tidak berasas dan tidak lengkap berikutan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa perintah Mahkamah Majistret melarang perhimpunan itu diadakan adalah tidak sah.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah rayuan akhirnya pada 10 Feb tahun ini untuk mengetepikan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditolak.
Terdahulu, Ram Karpal memohon mahkamah mengambil langkah sewajarnya kerana kata beliau, perkara itu sudah sampai ke penghujungnya apabila Anwar dibebaskan tetapi tidak dilepaskan oleh Mahkamah Majistret.
"Oleh kerana tiada lagi tuduhan yang dikenakan di mahkamah dan perintah majistret sudah menjadi tidak sah, maka tiada apa lagi yang perlu kita hujahkan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Hanafiah Zakaria berkata perkara itu sudah bersifat akademik dan rayuan Anwar perlu diketepikan.
Anwar, yang memakai sut biru gelap, hadir di mahkamah dengan diiringi para pegawai penjara. Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak dan cucu mereka.
Bernama
Wed Oct 28 2015
Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak rujukan yang dibuatnya terhadap kesahan Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen (2) (c) PAA, yang melarang diadakan protes jalanan dalam cubaan mengetepikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
[KOLUMNIS] Malaysia sebagai nakhoda ASEAN: Menangani dan mendepani cabaran global
Misi kepengerusian Malaysia pada tahun ini meletakkan beberapa keutamaan antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.