KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap sekolah, kerajaan dan dua lagi.
Pada 26 Mei 2017, plaintif berusia 25 tahun itu dan ibu angkatnya memfailkan saman terhadap pengetua, sekolah pendidikan khas, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia selaku defendan kerana gagal menyediakan pendidikan berkualti selaras dengan ketidakupayaannya.
Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili kedua-dua plaintif ketika dihubungi berkata notis rayuan telah difailkan di Mahkamah Rayuan semalam.
Berdasarkan notis rayuan, mereka tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad pada 3 Feb lalu yang menolak tuntutan mereka selepas mendapati defendan tidak melanggar undang-undang kecuaian dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk pelajar keperluan khas.
Dalam pernyataan tuntutan, bekas pelajar itu yang didiagnosis sindrom kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) ketika berusia empat tahun dan mempunyai masalah kaki yang menyukarkan dia untuk duduk di lantai, mendakwa bahawa dia telah didaftarkan di sekolah menengah pendidikan khas itu pada 18 Jan, 2016 dan diberi penginapan di asrama sekolah.
Plaintif mendakwa dia dibuli beberapa kali oleh pelajar lain ketika berada di asrama termasuk diludah ketika dia sedang solat, diikat di katilnya, ditumbuk dan ditendang serta barang-barangnya dicuri dan walaupun banyak aduan telah dibuat namun tiada tindakan diambil oleh pihak sekolah dan pengetuanya.
Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 24 Julai 2017, pihak sekolah menyatakan penempatan pelajar terbabit dibuat berdasarkan pilihan anak dan ibu angkatnya semasa pendaftaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Pada 26 Mei 2017, plaintif berusia 25 tahun itu dan ibu angkatnya memfailkan saman terhadap pengetua, sekolah pendidikan khas, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia selaku defendan. - Gambar hiasan

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah tolak saman, bekas pelajar sekolah pendidikan khas fail rayuan
Seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap sekolah, kerajaan dan dua lagi.