KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketokohan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Allahyarham Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid sebagai ilmuan yang tiada galang ganti.
Menurut perdana menteri, selaku Pengerusi MDN Allahyarham bukan sahaja banyak menabur bakti dalam memperkasakan syiar Islam malah, senantiasa melahirkan pemikiran dan idea bernas menyentuh aspek sosial, ekonomi serta isu semasa.
Menerusi catatan di Facebook beliau hari ini, Anwar turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mahmood Zuhdi, 78, yang menghembuskan nafas terakhir pada 10.20 malam Sabtu di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya, akibat kanser paru-paru.
"Mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," kata Anwar.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira 11.30 pagi tadi.
Mahmood Zuhdi merupakan seorang tokoh akademik serta dakwah dan ketika hayatnya pernah menjawat pelbagai jawatan antaranya Dekan Fakulti Syariah Universiti Malaya (UM), Pengarah Akademi Pengajian Islam UM dan Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang memperoleh Ijazah Sarjana daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dan Doktor Falsafah daripada UM juga pernah berkhidmat sebagai Dekan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Public Bank.
Allahyarham juga menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketokohan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Allahyarham Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid sebagai ilmuan yang tiada galang ganti. - Gambar fail/Astro AWANI

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahmood Zuhdi ilmuan tiada galang ganti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketokohan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Allahyarham Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid sebagai ilmuan yang tiada galang ganti.

Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi
Mahmood Zuhdi, 78, menghembuskan nafas terakhir pada 10.20 malam Sabtu di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya, akibat kanser paru-paru.

Politik sempit jadikan Melayu Islam minoriti di Malaysia - Mahmood Zuhdi
Politik sempit dan perpecahan hanya akan mendorong suara Melayu Islam menjadi minoriti di Malaysia.

Jangan takut hudud, hayati keindahannya - pakar
Undang-undang hudud bukan untuk membebankan tetapi ia berupaya memperbaiki keadaan sosial masyarakat, kata pakar.