KUALA LUMPUR: Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka berlaku dalam penggal ini tidak boleh memberikan kelebihan kepada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, ahli Pas perlu mengambil berat perkara tersebut dan memastikan persempadanan itu berada dalam kawalan parti itu.
“Sudah sampai tempoh untuk dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya setiap 10 tahun.
“Jika mereka (Kerajaan Perpaduan) ada dua pertiga di Parlimen, ini masa untuk mereka mengadakan percaturan itu.
“Inilah yang perlu diambil berat oleh semua pihak dalam Pas, supaya persempadanan yang akan datang tidak memberi kelebihan kepada parti lawan.
"Dan bagaimana untuk kita tentukan juga, perkara ini berlaku dalam kawalan kita. Mahu atau tidak mahu, kerajaan ini mesti ditumbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-69, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah itu berkata, Pas kini menjadi pemain utama hala tuju politik negara.
“Tiada parti lain yang boleh diharapkan rakyat Malaysia selain daripada Pas untuk mencaturkan, menyusun perjalanan politik negara ini.
“Seluruh harapan rakyat Malaysia terletak di bahu Pas. Mari kita sama-sama jayakan… penglibatan semua pihak dalam parti untuk menjayakan visi dan misi pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Semua ini terletak di bahu kita,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Sun Oct 22 2023
Muhammad Sanusi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-69, di Shah Alam, hari ini. - Facebook Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Caruman 2% KWSP pekerja asing: Apa impak industri peruncitan?
Sejauh mana caruman 2 peratus KWSP kepada pekerja asing memberi impak kepada industri peruncitan? Harga barang akan naik lagi lepas ini? Kupasan bersama Penasihat Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) & Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin.
Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.