KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM230 juta pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof Madya Azrin Ahmad Mohd Adnan berkata jumlah itu meningkat sebanyak 15 peratus berbanding RM205 juta pada tahun 2021.
Menurut Azrin Ahmad, peningkatan kadar kutipan itu bagi menampung keperluan kira-kira 21,187 orang asnaf, fakir dan miskin di seluruh Terengganu.
“Kita tingkatkan kutipan zakat pada tahun ini kerana kita menyasarkan peningkatan sebanyak 15 peratus. Jadi kalau tahun 2021 itu ada peningkatan sebanyak 10.8 peratus, tetapi untuk tahun 2022 ini kita menyasarkan peningkatan 15 peratus.
“Jadi melihat kepada perkembangan ekonomi itu kita yakin insyaAllah kita akan dapat capai. Ini penting, kutipan ini perlu ditingkatkan kerana kita dapati bahawa terdapat keperluan yang semakin meningkat terutamanya dalam kalangan asnaf, fakir dan miskin,” katanya sewaktu hadir di kaunter zakat pandu lalu di Kompleks Sri Iman di sini hari ini.
Tambahnya lagi, bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini sebanyak RM51 juta kutipan zakat telah direkodkan.
Menerusi jumlah itu sebanyak RM48.1 juta iaitu 96 peratus telah diagihkan kepada golongan memerlukan.
Astro Awani
Mon Apr 18 2022

Azrin Ahmad membantu pembayar zakat fitrah yang menggunakan perkhidmatan kaunter zakat pandu lalu di Kompleks Sri Iman di Kuala Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Segera tunai zakat sebelum tahun berakhir, banyak ganjaran menanti
RM1.03 bilion telah diagihkan MAIWP kepada asnaf di Kuala Lumpur tahun ini, namun jumlah kutipan zakat masih sekitar RM969 juta setakat 26 Disember 2024.

MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf
MAIM mengagihkan hasil kutipan zakat di bawah Zakat Melaka berjumlah RM134 juta kepada lapan golongan asnaf di negeri itu.

Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.

Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.

Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.

FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.

MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam di Malaysia untuk segera menunaikan zakat bagi membolehkan bantuan berterusan disalurkan kepada golongan memerlukan.

MAIPs beri zakat RM5,000 kepada bekas ahli GISB, bantu mulakan hidup baharu
MAIPs hari ini memberikan sumbangan zakat RM5,000 kepada seorang bekas ahli GISB sebagai usaha membantu lelaki berkenaan memulakan kehidupan baharu mengikut ajaran Islam sebenar.

Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.

Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari
Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) ke-5 tertumpu pada peranan zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam.