GEORGE TOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melarang mana-mana pihak yang tiada tauliah atau tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama itu untuk mengajar, menyampaikan atau menerangkan mengenai agama Islam termasuk berceramah dan membaca khutbah di masjid serta surau di negeri ini.
Setiausaha MAINPP Datuk Samsudin Bakar berkata arahan ketetapan tatacara penggunaan masjid dan surau di Pulau Pinang itu berkuat kuasa serta-merta seperti pekeliling yang dikeluarkan pada hari ini.
"Ketetapan tatacara itu selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid 1997, MAINPP menegaskan jawatankuasa kariah atau surau boleh menganjurkan sebarang aktiviti berbentuk ceramah agama, usrah, tazkirah, kuliah, perkongsian ilmu dengan memenuhi syarat yang digariskan.
Solat fardu lima waktu dan solat sunat berjemaah seperti tarawih hanya dibenarkan untuk diimamkan oleh imam lantikan atau yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya MAINPP turut menetapkan setiap khatib yang bertugas hendaklah membaca sepenuhnya teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tanpa ditokok tambah atau dipinda.
Samsudin berkata khatib jemputan juga dilarang menyampaikan khutbah melainkan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama di negeri ini.
Katanya setiap kuliah yang disampaikan tidak boleh menyentuh isu-isu politik kepartian dan sensitiviti kaum atau agama serta perlu menjaga adab sopan dari segi bahasa penyampaiannya.
"Selain itu, tidak dibenarkan untuk mengedar, menjual, menggantung, menampal atau memacak sebarang bentuk penerbitan yang mengandungi fahaman, ideologi atau doktrin yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak di bangunan masjid atau surau serta perkarangannya," katanya.
Beliau berkata orang bukan Islam boleh memasuki masjid dan ruang solat dengan keizinan pihak pengurusan masjid dengan syarat menjaga perlakuan serta tingkah laku agar tidak mencemarkan kesucian masjid dan surau.
Dalam pada itu, menurutnya ketetapan tersebut turut menggariskan individu yang memegang jawatan politik termasuk mereka yang menjadi calon pilihan raya dalam tempoh lima tahun adalah dilarang untuk memimpin solat, menyampaikan khutbah atau ceramah atau merasmikan apa-apa program anjuran masjid dan surau kecuali ahli MAINPP.
"Selain itu MAINPP turut melarang penganjuran sebarang majlis oleh parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan politik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

MAINPP melarang mana-mana pihak yang tiada tauliah untuk mengajar, menyampaikan atau menerangkan mengenai agama Islam termasuk berceramah dan membaca khutbah di masjid serta surau di Pulau Pinang. - Gambar hiasan

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang kini ditempatkan di Universiti Al-Azhar
Penempatan PIDL di Kuliah Syariah dan Undang-Undang, Universiti Al-Azhar merupakan hadiah Kerajaan Pulau Pinang kepada universiti berkenaan.

Guru sekolah agama Pulau Pinang terima elaun tambahan RM500 tahun depan
Sebanyak 160 guru SMAR, SABK dan SRAR di Pulau Pinang akan menerima elaun tambahan RM500 setiap bulan bermula Januari tahun depan.

ZPP kumpul RM159.7 juta kutipan zakat pada 2023
Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan prestasi kutipan memberangsangkan tahun lepas apabila mengumpul RM159.7 juta, merangkumi RM152.86 juta zakat harta dan RM6.84 juta zakat fitrah.

P. Pinang tiada halangan solat Aidilfitri di kawasan terbuka
MAINPP juga tiada masalah untuk meluluskan permohonan jika terdapat pihak yang mahu menganjurkan solat di dalam dewan.

MAINPP larang pihak tiada tauliah mengajar di masjid dan surau
Arahan ketetapan tatacara penggunaan masjid dan surau di Pulau Pinang itu berkuat kuasa serta-merta seperti pekeliling yang dikeluarkan pada hari ini.

Perlu rujuk MAINPP untuk program lawat rumah ibadat bukan Islam
Ia bagi memastikan penganjur mematuhi semua garis panduan termasuk perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan pada program itu.

P. Pinang tetapkan tiga kadar zakat fitrah
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM13 dan RM20 di negeri itu tahun ini.

Isu tauliah: MAINPP akan jumpa penceramah termasuk Kazim Elias Isnin ini
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengadakan pertemuan dengan beberapa individu yang sebelum ini tidak dibenarkan mengadakan ceramah, khutbah atau majlis ilmu di negeri ini.

P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.

SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang
Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP baharu solat jemaah.