SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah dengan minimum RM7, tahun ini.
Pengerusinya Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata MAINS turut menggalakkan mana-mana individu yang ingin membuat bayaran zakat fitrah berjumlah RM10 atau RM21 berdasarkan keselesaan, mengikut harga beras yang dimakan.
Beliau berkata tiga kadar zakat fitrah tersebut telah diperkenan bagi pewartaan tahun ini oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
"Penetapan pilihan pada tiga kadar harga ini berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, iaitu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.751 kilogram.
"Selain itu, kadar harga pilihan merupakan satu galakan kepada umat Islam untuk menambahkan amalan khususnya ibadah zakat ketika di bulan Ramadan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya pihak MAINS juga bercadang menambah kadar bantuan pada bulan Ramadan kepada golongan asnaf fakir dan miskin pada tahun ini.
Selain itu, Abdul Aziz berkata MAINS melantik 1,400 amil zakat fitrah bagi kaunter pembayaran di pejabat MAINS daerah, masjid, surau dan pasar raya terpilih di seluruh negeri ini dengan pembukaan kaunter selama tujuh hari seminggu sepanjang bulan Ramadan, bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Pembayaran secara dalam talian juga boleh dilakukan menerusi portal rasmi MAINS di www.zakatns2u.biz/fitrah, aplikasi MAINS, aplikasi MyEG, aplikasi SnapNpay dan aplikasi Boost perbankan internet melalui jomPay.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

MAINS menetapkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah dengan minimum RM7, tahun ini. -Gambar fail/Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf
MAIM mengagihkan hasil kutipan zakat di bawah Zakat Melaka berjumlah RM134 juta kepada lapan golongan asnaf di negeri itu.

MAINS kutip RM67 juta zakat pada separuh pertama 2024
Secara keseluruhan, RM98 juta telah diagihkan kepada asnaf, melibatkan rekod kutipan zakat yang terkumpul setakat ini.

Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah
Astro Radio menganjurkan program Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.

Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.

Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.

Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.

Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

MAINJ peruntuk RM7 juta baik pulih rumah asnaf
MAINJ akan membaik pulih 280 rumah di Johor tahun ini dengan peruntukan RM7 juta.

Karnival MAIWP 2024: 'Perkasa peranan dalam membela kebajikan golongan memerlukan'
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menganjurkan karnival MAIWP 2024 bersempena sambutan Jubli Emas penubuhannya pada 1 Februari 1974 dengan 100 buah reruai dan pelbagai aktiviti disediakan.