PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal Loh Siew Hong kepada Islam oleh bapa mereka tanpa persetujuan wanita itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan kebenaran rayuan oleh MAIPs, Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dan Kerajaan Negeri Perlis.
Susulan penolakan permohonan kebenaran itu, tiga anak Loh iaitu pasangan kembar berusia 16 tahun dan anak lelaki berusia 13 tahun kekal beragama Hindu.
Dalam keputusan mahkamah, Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Abu Bakar Jais berpendapat bahawa tiada sebab untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M. Indira Gandhi.
Bagi kes Indira Gandhi, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa perlu diperoleh sebelum anak di bawah umur ditukar agama.
Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah tidak dapat menerima bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Indira Gandhi hanya terhad kepada Wilayah Persekutuan.
"Penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi terpakai bagi seluruh negara," katanya.
Mengenai perkataan parents dan parent yang digunakan secara bergantian dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak dibangkitkan dalam kes Indira Gandhi, beliau berkata isu itu telah ditangani dalam kes Indira Gandhi.
Hakim Tengku Maimun berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan serentak mengenai isu sama ada terdapat preskripsi Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu sebagai teks sahih.
Justeru katanya, mahkamah tidak nampak mengapa isu berkenaan perlu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.
Pada 10 Jan lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Loh untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bagi membatalkan penukaran agama secara unilateral atau sebelah pihak tiga anaknya di Perlis pada 2020 oleh bekas suaminya yang memeluk Islam.
Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa tiga anak Loh beragama Hindu.
Mahkamah Tinggi pada 2023 menolak permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam.
Loh, 37, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mohd Asri dan Kerajaan Negeri Perlis sebagai responden, memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya M. Nagahswara, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.
Wanita itu juga memohon pengisytiharan bahawa anak-anaknya, sebagai kanak-kanak, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk Islam tanpa persetujuan beliau.
Loh turut memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan pemelukan agama Islam bertarikh 7 Julai 2020 yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf Negeri Perlis atas nama tiga anaknya, dan kad berhubung pemelukan Islam yang dikeluarkan pihak lain, dan menghalang mana-mana pihak daripada mengeluarkan kad sedemikian.
Tiga kanak-kanak itu yang diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, diserahkan kepada Loh pada 21 Feb 2022 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya.
Loh diwakili sepasukan peguam diketuai oleh A. Srimurugan, manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagi pihak MAIPs serta penasihat undang-undang negeri Perlis Mohd Radhi Abas selaku peguam kepada Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Mohd Asri dan Kerajaan Negeri Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Susulan penolakan permohonan kebenaran itu, tiga anak Loh iaitu pasangan kembar berusia 16 tahun dan anak lelaki berusia 13 tahun kekal beragama Hindu. - Gambar hiasan

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.

Kes tukar agama: Permohonan kebenaran merayu ibu tunggal didengar 6 Julai
Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Rosidah Roslee, yang turut disertai peguam J. Gunamalar yang mewakili Loh.

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif kes tukar agama
Mahkamah Rayuan memutuskan pengesahan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan Mahkamah Syariah.