LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyediakan bantuan Aidilfitri RM800 seorang kepada 4,000 asnaf di pulau bebas cukai di sini yang melibatkan peruntukan RM3.2 juta.
Daripada jumlah itu, RM300 telah dikreditkan ke akaun penerima pada awal Ramadan, manakala baki RM500 akan diberikan sebelum Aidilfitri.
Senator Datuk Bashir Alias berkata bantuan itu dijangka dapat meringankan beban golongan itu dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri.
"Bantuan Aidilfitri MAIWP merupakan salah satu daripada skim bantuan yang disediakan dan kita ucapkan tahniah MAIWP dapat melaksanakan agihan kepada penerimanya dengan cepat mengikut keperluan asnaf.
"Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan Labuan yang menunaikan zakat kerana tanpa komitmen mereka program bantuan kepada masyarakat tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh," katanya di perasmian Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf MAIWP di Masjid Munawar Kg Pohon Batu semalam.
Katanya penganjuran majlis itu membuktikan MAIWP sentiasa mengikuti perkembangan arus perubahan semasa dalam mempelbagaikan bantuan dan berusaha meningkatkan kemajuan sosioekonomi, bagi memastikan kesejahteraan umat Islam melalui sistem pengurusan dan pembangunan yang berlandaskan hukum syarak dengan menggunakan sumber MAIWP secara optima.
"Fokus utama MAIWP bukan sahaja tertumpu kepada aspek mengagihkan bantuan semata-mata, malah MAIWP sentiasa berjuang dalam memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan sosioekonomi dan juga pembangunan modal insan dalam masyarakat Islam melalui program-program yang diperkenalkan," katanya.
Dalam majlis itu, setiap asnaf turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM100 dan bakul makanan - beras, minyak masak, biskut, gula, garam, sardin tin, susu tin, mee kering dan kurma bernilai RM100 setiap seorang.
Keseluruhan sumbangan wang tunai dan bakul makanan pada tahun ini berjumlah RM21,400.00 untuk 107 asnaf.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Bashir (empat, kanan) menyempurnakan penyerahan Bantuan Aidilfitri MAIWP kepada golongan asnaf pada Majlis Iftar di Masjid Al-Munawwar Kampung Pohon Batu, Labuan, 19 Apr 2022. --fotoBERNAMA
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
MAIWP Labuan salur RM3.2 juta kepada 4,000 asnaf sempena Aidilfitri
Daripada jumlah itu, RM300 dikreditkan ke akaun penerima pada awal Ramadan, manakala baki RM500 akan diberikan sebelum Aidilfitri.