LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata bagi empat bulan pertama tahun ini, sebanyak RM10.7 juta telah diagihkan untuk skim itu.
Beliau berkata fokus MAIWP bukan sahaja pada pengagihan bantuan tunai tetapi juga pada menyediakan bantuan menerusi pelbagai kategori perlindungan, seperti bantuan untuk pembinaan/pembaikan perumahan, bantuan deposit sewa dan bantuan deposit pembelian rumah
"Ini adalah sebahagian usaha berterusan MAIWP untuk memastikan penerima (zakat) mempunyai tempat tinggal," katanya pada Majlis Silaturahim Aidilfitri MADANI di Medan Selera Labuan hari ini.
Beliau berkata setakat April lepas, sebanyak 26 penerima zakat di sini telah menerima bantuan bawah kategori pembinaan/pembaikan perumahan dengan jumlah bantuan RM2.1 juta diagihkan.
Mohd Na'im berkata MAIWP menyasarkan supaya bantuan zakat yang disediakan memberi impak signifikan kepada penerima.
"Dalam hal ini, MAIWP telah mereka bentuk suatu program pembangunan penerima zakat untuk mengasah dan mengetengahkan potensi mereka.
"MAIWP tidak mahu mereka hanya bergantung pada bantuan zakat; sebaliknya, akhirnya, mereka akan menyumbang dengan menjadi pembayar zakat.
"Program berkenaan telah mula membuahkan hasil apabila usahawan bekas penerima zakat kini telah berjaya menjana pendapatan yang ketara sebagai hasil daripada program bantuan holistik dilaksanakan itu," katanya.
Beliau turut mengetengahkan peningkatan dalam pendidikan, memaklumkan bahawa pelajar yang sebelum ini menerima bantuan kini berada dalam profesion terhormat serta menyumbang kepada masyarakat.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata MAIWP Labuan telah mengagihkan dana zakat kepada orang miskin, orang memerlukan, mualaf dan Ar-Riqab bawah Skim Bantuan Aidilfitri dalam dua fasa iaitu seminggu sebelum Ramadan dan seminggu sebelum 1 Syawal.
Bantuan RM1,000 seorang bagi persiapan sambutan hari raya itu berjumlah RM5.3 juta.
"MAIWP akan terus menambah baik perkhidmatan pengagihan zakatnya bagi membina masyarakat yang mampan, makmur, kreatif, saling menghormati dan penyayang selaras dengan visi Madani Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024

Mohd Na'im (lima, kanan) menyantuni keluarga asnaf Sharifah Hanizah Wan Hamid (dua, kanan) pada Program Ziarah Syawal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan di Kampung Tanjung Aru Nelayan, hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Lebih 10,000 sertai MAIWP Run 2025 di Dataran Putrajaya
MAIWP RUN 2025 sekali lagi membuktikan kemampuan institusi Islam untuk menyatukan masyarakat sambil memupuk kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan kesihatan.

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP
MAIWP akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Aidiladha.

MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.

Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya
MAIWP memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Syed Kamarulzaman dilantik Pengerusi MAIWP baharu
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkuat kuasa Khamis.

Mohd Na'im mahu MAIWP adakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala
Mohd Na'im berkata perkhidmatan kaunter yang cekap dan penuh beradab akan memberikan gambaran positif terhadap imej jabatan.

Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM65 juta
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Agropreneur Fertigasi Cili: MAIWP jalin kerjasama strategik ubah status asnaf
Mohd Na'im berkata, ini susulan kejayaan program pembangunan usahawan asnaf MAIWP melalui Agropreneur Fertigasi Cili bersama syarikat GrasiCili sejak November 2021.

MAIWP peruntuk RM60.1 juta untuk asnaf di Labuan tahun ini
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM60.1 juta bagi pelbagai program untuk membantu golongan miskin dan memerlukan atau asnaf di Labuan tahun ini.

MAIWP salur sumbangan RM1 juta bagi misi bantuan banjir di Johor
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta sebagai sumbangan misi bantuan banjir di Johor.