PUTRAJAYA: Peningkatan kemasukan pekerja asing ketika ini berpunca daripada tindakan majikan membawa masuk pekerja menjelang tarikh akhir Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, esok, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
Beliau berkata lazimnya setiap hari ketibaan pekerja asing antara 500 dan 1,000 orang, namun jumlah ketibaan meningkat sehingga 2,500 orang pada 22 Mei dan 4,500 pekerja pada 27 Mei lepas.
"Jabatan Imigresen menjangkakan bilangan ketibaan terus meningkat sehingga esok, berdasarkan makluman daripada syarikat penerbangan yang akan menambah jumlah penerbangan bagi memenuhi permintaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi mengatasi situasi itu, Ruslin berkata pihaknya bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad mengambil langkah segera menguruskan kesesakan untuk memastikan keselesaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjamin.
Langkah yang dilaksanakan termasuk menambah bilangan kaunter untuk mempercepat proses semakan dan pengesahan; menambah bilangan pegawai Imigresen untuk menguruskan ketibaan pekerja asing dan kebajikan golongan itu seperti menyediakan makanan serta minuman ketika mereka berada di terminal KLIA.
"Jabatan Imigresen akan terus memantau dan menambah baik situasi ini dan mengesa majikan untuk memberikan kerjasama penuh dengan hadir segera bagi menyelesaikan proses pemeriksaan Imigresen pekerja mereka yang seterusnya akan mengurangkan kesesakan di balai ketibaan," katanya.
Pada 8 Mac lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi program itu akan dikekalkan atas faktor keselamatan negara.
Keputusan berkenaan dicapai secara kolektif oleh semua agensi kawal selia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kementerian berkaitan program rekalibrasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Ruslin berkata lazimnya setiap hari ketibaan pekerja asing antara 500 dan 1,000 orang, namun jumlah ketibaan meningkat sehingga 2,500 orang pada 22 Mei dan 4,500 pekerja pada 27 Mei lepas. - Gambar fail/Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Majikan bawa masuk pekerja asing saat akhir punca peningkatan kemasukan - KP Imigresen
Peningkatan kemasukan pekerja asing ketika ini berpunca daripada tindakan majikan membawa masuk pekerja menjelang tarikh akhir Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, esok.