Kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad) pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak mencapai matlamat seperti disasarkan.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata hanya 23 peratus atau 161,056 PATI didaftarkan sehingga 10 malam ini, iaitu dua jam sebelum tempoh akhir pendaftaran tamat pada 12 tengah malam.
Beliau berkata ia melibatkan 28,375 majikan dengan sebanyak 145,571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.
"Adakah program ini gagal? Adakah itu sahaja jumlah PATI di luar sana? Kita anggap tidak berjaya sebab kedegilan majikan untuk tampil mendaftar.
"Kita telah memberikan masa secukupnya sejak 15 Feb lalu, malah hebahan melalui media juga dilakukan seacra berterusan bagi membolehkan majikan mengambil tindakan sewajarnya tetapi ia tidak digunakan seperti yang diharapkan," katanya pada sidang media selepas meninjau operasi pendaftaran menjelang tempoh akhir proses itu di Ibupejabat Imigresen di sini, hari ini.
Mustafar berkata jabatan itu juga mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan majikan bagi memperincikan mengenai perkara itu agar mereka dapat mengingatkan pihak yang berdaftar di bawahnya supaya mendaftarkan pekerja di bawah seliaan masing-masing.
"Walaupun hanya meletakkan syarat minimum iaitu proses pendaftaran E-Kad perlu diuruskan sendiri, tetapi ia tetap menjadi sesuatu yang terlalu sukar (buat mereka) kerana sifat suka menunggu sehingga saat akhir.
"Kenapa menjelang hari terakhir, begitu ramai majikan yang tampil untuk mendaftar pekerja masing-masing...pada kami, mungkin mereka beranggapan Jabatan Imigresen akan lanjutkan tempoh ditetapkan," katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran itu dan akan melaksanakan gerak gempur besar-besaran selepas tengah malam ini.
Sehubungan itu, Mustafar mengingatkan majikan dan PATI agar tidak menyalahkan Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri atas tindakan yang akan diambil ke atas mereka kelak akibat sikap ambil mudah terhadap peluang yang diberikan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
MUSTAFAR: Adakah itu sahaja jumlah PATI di luar sana?
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Imigresen tumpaskan sindiket E-Kad palsu di Sabah, didalangi 'Datuk Seri'
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di Sabah yang didalangi seorang 'Datuk Seri' selepas menahan 14 individu termasuk tiga warga Filipina.
Kerajaan tidak akan lanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad PATI
Kerajaan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu tersebut sebaliknya majikan bertanggungjawab penuh dalam melakukan pendaftaran tersebut.
Imigresen mula operasi buru PATI
Jabatan Imigresen mula melakukan operasi besar-besaran memburu PATI sebaik sahaja tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad) tamat tengah malam tadi.
Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar
Kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan E-Kad PATI tidak mencapai matlamat yang disasarkan.
E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.