PUTRAJAYA: Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam daripada melakukan sebarang urusan, termasuk pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja sedia ada di Jabatan Imigresen (JIM).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dalam kenyataan bersama hari ini berkata majikan berkenaan turut disenarai hitam daripada membuat permohonan penggajian pekerja asing baharu di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955.
Kedua-dua menteri itu berkata kuota pengambilan pekerja asing yang masih berbaki dan surat kelulusan bersyarat yang telah dikeluarkan kepada majikan itu dengan pulangan bayaran levi turut dibatalkan.
Saifuddin Nasution dan Steven Sim berkata tindakan berdasarkan Akta Imigresen 1959/1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Kerja 1955 serta Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990, juga akan dikenakan.
Selain itu, naziran dan inspektorat turut akan dilaksanakan terhadap mana-mana majikan yang telah membawa masuk pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
"Tindakan-tindakan ini diambil bagi memastikan majikan-majikan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pekerja asing.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes eksploitasi pekerja asing yang membawa kepada amalan buruh paksa dan pemerdagangan orang," kata Saifuddin Nasution dan Steven Sim.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan susulan pertemuan kedua-kedua menteri Rabu lepas bagi membincangkan mengenai dasar serta operasi pekerja asing di Malaysia secara terperinci, terutama berhubung bidang kuasa KDN dan KSM.
Kedua-dua menteri itu berkata ia bertujuan mencari penyelesaian terhadap kes pengabaian dan eksploitasi pekerja asing serta merangka penambahbaikan aspek pengurusan pekerja asing demi memastikan isu itu dapat ditangani secara tuntas dan holistik.
Menurut Saifuddin Nasution dan Steven Sim, beberapa tindakan jangka masa pendek dan panjang termasuk menambah baik akta dan dasar sedia ada akan dilaksanakan segera bagi memperkasakan pengurusan pekerja asing dengan fokus terhadap hak serta kebajikan pekerja.
Kedua-dua menteri itu turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing akan diadakan pada 16 Jan ini, sebelum mencadangkan kepada Kabinet mengenai status pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing, serta langkah penambahbaikan tatakelola pengurusan penggajian pekerja asing di negara ini.
"Tindakan dan usaha ini adalah selaras dalam memastikan isu berhubung penggajian pekerja asing ditangani tanpa kompromi demi kedaulatan undang-undang negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam. - Gambar fail/Bernama
Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka India 2025
Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meraih gelaran pertama musim ini apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada aksi final di New Delhi, pada Ahad.
Pasukan keselamatan Gaza diletak atur di seluruh wilayah selepas gencatan senjata bermula
Ribuan anggota keselamatan Gaza diletak atur ke beberapa kawasan di seluruh wilayah itu pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata dengan Israel berkuat kuasa.
Op Sky: SPRM akan panggil 20 pegawai bank lagi bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kira-kira 20 lagi pegawai bank dalam masa terdekat bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.
Sindiket edar dadah antarabangsa dibongkar
Polis Pulau Pinang membongkar dua sindiket pengedaran dadah menerusi dua operasi terancang bermula kelmarin dan berakhir hari ini.
Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar memberi jaminan pihaknya akan menyiasat secara telus dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Malaysia mainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ASEAN - Setiausaha Agung
Di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.
Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza ketika gencatan senjata berkuat kuasa
Puluhan trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad susulan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata.
Majikan tipu pekerja asing setuju bayar gaji lebih RM1 juta
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor baru-baru ini bersetuju membayar gaji RM1,035,557.50 kepada 733 pekerja terlibat.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang disenarai hitam
Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam daripada melakukan sebarang urusan.