PUTRAJAYA: Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin esok bersempena genap setahun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui kerajaan Malaysia akan mengetengahkan konsep hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan maya.
Perjalanan majlis akan berlangsung serba ringkas dengan tumpuan utama ialah amanat oleh Muhyiddin sendiri, serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengawal penularan pandemik COVID-19.
"Ini kali pertama amanat dibuat dalam bentuk hibrid. Ini adalah seperti kad laporan perdana menteri sambil juga menyampaikan arah tuju selepas ini," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Menurut Saifuddin, seramai 250 orang hadir secara fizikal di Putrajaya melibatkan anggota kabinet, pegawai kanan kerajaan persekutuan, wakil syarikat berkaitan kerajaan, korporat dan masyarakat sivil, manakala 98 orang menyertai secara telesidang iaitu menteri besar, ketua menteri serta jabatan dan agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
"Yang paling penting ini untuk menunjukkan kerajaan (yang dipimpin Muhyiddin) yang fungsian, prihatin dan berjaya, walaupun belum sempurna tetapi berjaya dalam mengimbangkan antara life (keselamatan nyawa) and livelihood (mata pencarian). Ini adalah mesej utama yang hendak disampaikan," katanya.
Majlis akan dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Putra Ustaz Ikmal Zaidi Hashim Al-Hafiz, disusuli tayangan montaj istimewa yang memaparkan insiatif kerajaan serta bantuan yang diberi kepada rakyat dan pencapaian dalam tempoh setahun lepas.
Selepas itu, perdana menteri akan menyampaikan amanatnya dan diakhiri dengan sesi bergambar.
Antara usaha yang signifikan yang telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang diumumkan pada 27 Mac 2020 dengan tiga matlamat, iaitu melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi.
Pada tahun ini pula, kerajaan melancarkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan pada 18 Jan lalu.
Insiatif yang paling dekat dengan hati rakyat Malaysia ialah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disediakan kerajaan melalui pakej PRIHATIN yang diberikan kepada kumpulan sasaran meliputi golongan B40, M40 dan bujang bagi membantu rakyat dalam perbelanjaan keperluan harian.
Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan 'Lindung Diri, Lindung Semua' yang bermula pada 24 Feb lalu dalam tiga fasa pula bertujuan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin COVID-19 menjelang Februari 2022.
Fasa 1 digerakkan dari Februari hingga April untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang, Fasa 2 bermula April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang.
Fasa 3 pula bermula dari Mei hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas termasuk warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.
Muhyiddin merupakan individu pertama di negara ini menjalani proses vaksinasi yang turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas barisan hadapan pada 24 Feb lepas yang menandakan bermulanya program imunisasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021
Menurut Saifuddin, seramai 250 orang hadir secara fizikal di Putrajaya manakala 98 orang menyertai secara telesidang. - Bernama
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.