KUALA LUMPUR: Penganjuran Majlis Ilmu MADANI seperti yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya semalam perlu berterusan kerana ia dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, program ilmu seperti itu juga perlu terus digalakkan bagi melahirkan masyarakat MADANI yang menjadi asas kepada pembentukkan negara sejahtera dan aman.
"Perkara ini sejajar dengan kehendak atau hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mahu membina masyarakat MADANI itu. Bagaimana kita mahu membina satu negara yang baik, yang mendapat keampunan Allah, sekiranya masyarakatnya bukan daripada kalangan orang yang berilmu?
"Kita boleh lihat sendiri, majlis-majlis ilmu sebegini sering kali diadakan oleh beliau (Anwar) tidak kira di Seri Perdana, masjid atau sura, kesannya melahirkan masyarakat berilmu.
"Namun apa yang lebih penting Perdana Menteri sebutkan adalah masyarkat yang ada adab dan akhlak," katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran buku 'Kedaulatan Malaysia: Governan Utama Negara' di sini hari ini.
Sementara itu, Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi mencadangkan supaya Majlis Ilmu MADANI diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan impaknya lebih menyeluruh.
Katanya jika program itu diadakan di setiap negeri ia memudahkan orang ramai untuk menyertai dan seterusnya dapat memahami gagasan MADANI sebagai elemen utama menerapkan sifat ihsan, amanah dan nilai murni dalam mengangkat martabat hidup rakyat di negara ini.
"Perlu difahami oleh seluruh rakyat Malaysia mengenai MADANI dalam konteks semasa. Saya kira majlis-majlis ilmu MADANI ini bukan sahaja diadakan di Seri Perdana tetapi juga diperingkat negeri, agensi, institusi pendidikan tinggi awam dan swasta kerana aktiviti seperti ini memang memberikan impak positif kepada rakyat," katanya.
Semalam, lebih 18,000 umat Islam menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya.
Pada majlis itu, dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz berkongsi ilmu dengan para hadirin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
![Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685139785_MajlisIlmuMADANI.jpg)
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI seperti yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya semalam perlu berterusan kerana ia dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan. - BERNAMA
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739144347_tbPlymouthArgyleR.jpg)
Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.
Kecerdasan Buatan: Perancis umum pelaburan €109 bilion
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar 109 bilion euro (kira-kira RM530 bilion) dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Perang di Ukraine: Trump bincang dengan Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
Gencatan senjata: Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Lima rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
![Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719958632_ProfDrAhmadMuhamm.jpg)
Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.
![Majlis ilmu MADANI beri lebih kefahaman kepada konsep negara MADANI - PM Majlis ilmu MADANI beri lebih kefahaman kepada konsep negara MADANI - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687102050_TBILMUMADANI.jpg)
Majlis ilmu MADANI beri lebih kefahaman kepada konsep negara MADANI - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau
![Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685139785_MajlisIlmuMADANI.jpg)
Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.
![Lebih 18,000 hadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Putrajaya Lebih 18,000 hadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685139785_MajlisIlmuMADANI.jpg)
Lebih 18,000 hadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Putrajaya
Program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.
![Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678978162_AnwarIbrahim.jpg)
Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.