Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis itu akan dipengerusikan beliau dan dianggotai oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta tokoh-tokoh Perniagaan Bumiputera.
"MKB akan bertindak sebagai platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi bumiputera. Penubuhan Majlis ini juga adalah sebahagian daripada kerangka intervensi strategik untuk memandu dan mempercepat pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui usaha-usaha peningkatan kapasiti dan keupayaan merentas pelbagai program," kata beliau sebagai menjawab pertanyaan Senator Datuk Razali Idris di Dewan Negara pada Ahad.
Kerajaan ujar beliau sentiasa komited untuk terus memperkasa agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.
"Ini kerana kita mendapati bahawa meskipun pelbagai usaha telah dilakukan dan kejayaan dicapai, namun, kedudukan sosioekonomi Bumiputera masih perlu dilonjakkan," tambah beliau.
Jelas beliau lagi, secara perbandingan, tahap kemiskinan Bumiputera adalah sebanyak 7.2 peratus pada tahun 2019 berbanding kaum lain.
Manakala, kadar pengangguran Bumiputera bagi suku kedua tahun 2020, adalah sebanyak 5.2 peratus, berbanding Purata Nasional sebanyak 5.1 peratus.
"Pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pula cuma berada pada tahap 16.2 peratus pada tahun 2015 berbanding bukan Bumiputera sebanyak 30.7 peratus dan pegangan asing sebanyak 45.3 peratus," ujar beliau lagi.
Justeru kata beliau, bagi memastikan Majlis ini mencapai objektif penubuhannya, ia akan didukung oleh Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan Jawatankuasa Kerja yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
Kedua-dua Jawatankuasa itu akan bersidang secara berkala serta melibatkan semua agensi pelaksana berkaitan.
Jawatankuasa Pemandu Majlis telah bersidang buat kali yang pertama pada 11 Ogos 2020.
"TERAJU telah diberi mandat sebagai Agensi Penyelaras Utama bagi intervensi strategik, inisiatif dan program Pembangunan sosioekonomi Bumiputera, serta pembangunan pangkalan data Bumiputera, yang merentasi kesemua Kementerian, Agensi dan GLC. Kerajaan akan memperkemas dan menambahbaik pangkalan data berpusat Bumiputera bagi mengumpul maklumat terkini, lengkap dan berkualiti bagi perancangan dasar dan intervensi strategik yang akan dipacu oleh Majlis Kemakmuran Bumiputera ini," tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan pencapaian Kementerian-Kementerian, Agensi-Agensi dan GLC-GLC dalam menggerakkan agenda pemerkasaan Bumiputera akan dipantau dan dinilai melalui satu rangka kerja Key Perfomance Indicator (KPI) yang bakal melibatkan semua ketua agensi berkaitan.
Astro Awani
Mon Sep 07 2020
![Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/71598971225_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera. - Gambar fail/Astro AWANI
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630318_MaritimMalaysiagag.jpg)
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.
![Liga-M: Dua pemain digantung perlawanan, dua lagi diberi amaran keras - FAM Liga-M: Dua pemain digantung perlawanan, dua lagi diberi amaran keras - FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/51587811099_FAM.jpg)
Liga-M: Dua pemain digantung perlawanan, dua lagi diberi amaran keras - FAM
Dua pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan dilakukan dalam perlawanan saingan baru-baru ini.
![Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610952359_LeeJaeyong.jpg)
Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.
![Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71598971225_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
![China kecam tindakan AS ke atas Iran China kecam tindakan AS ke atas Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598324106_ZhaoLijian.jpg)
China kecam tindakan AS ke atas Iran
Lijian berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran.
![Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598077045_DanPrice.jpg)
Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi
Meskipun masih mengalami kerugian sekitar 20 peratus, namun ia jauh lebih baik daripada penurunan 55 peratus dialami pada Mac lalu.
![Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51596556323_TBAungSanSuuKyi.jpg)
Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.
![PM Lee umum Kabinet baharu Singapura PM Lee umum Kabinet baharu Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592906066_LeeHsienLoong.jpg)
PM Lee umum Kabinet baharu Singapura
Lee berkata Heng Swee Keat akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.
![Wanita dipenjara atas 208 pertuduhan pecah amanah Wanita dipenjara atas 208 pertuduhan pecah amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594804612_MELAKAkerani.jpg)
Wanita dipenjara atas 208 pertuduhan pecah amanah
Terdahulu, jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan yang dihadapi Nooriante.
![Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594554366_bunuhkucing.jpg)
Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.
![Korban pertama COVID-19 di luar negara layak terima bantuan PERKESO Korban pertama COVID-19 di luar negara layak terima bantuan PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592291789_korbanpertamacovid.jpg)
Korban pertama COVID-19 di luar negara layak terima bantuan PERKESO
Seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Qatar akibat COVID-19 10 Jun lepas layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM 2,000 dan faedah Pencen Penakat hari ini.