PUTRAJAYA: Bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dibuat secara optimum, penganjuran acara, majlis, keraian rasmi kerajaan, mesyuarat, seminar dan bengkel, dihadkan bagi program yang benar-benar perlu sahaja.
Perkara itu dinyatakan dalam surat edaran Arahan Kawalan Perbelanjaan Awam Kementerian/Jabatan kepada semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan dan agensi kerajaan bertarikh 18 Okt 2023, yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang turut menyarankan penganjuran acara atau majlis berkenaan dibuat di premis atau Institusi Latihan Awam (ILA).
Mesyuarat pula digalakkan diadakan secara dalam talian atau persidangan video, bagi mengurangkan perbelanjaan logitisk, mengoptimumkan masa dan perbelanjaan ke atas tuntutan perbelanjaan.
Turut dinyatakan dalam arahan berkenaan ialah penggunaan sumber utiliti seperti elektrik dan air dan peralatan pejabat secara optimum, dan mengelakkan pembaziran penyediaan makanan dan minuman semasa mesyuarat atau program.
Tempahan tiket penerbangan pula perlu berdasarkan perbandingan harga terbaik bagi mendapatkan nilai untuk wang, membuat perancangan awal dan digalakkan menempah tiket menggunakan kad kredit korporat.
Arahan itu turut menyatakan Pegawai Pengawal, perlu mematuhi perjalanan rasmi bertugas ke luar negara seperti mana yang terkandung di dalam Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 (2021) serta penjelasan di dalam PB 3.1 (Pindaan 2022).
Ia melibatkan mesyuarat, rundingan berjadual atau berkala atau persidangan yang telah diluluskan dalam belanjawan tahunan dan yang benar-benar penting, memberi impak yang signifikan kepada kepentingan negara, atau ia merupakan mesyuarat atau persidangan yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.
Edaran itu menyebut Pegawai Pengawal dikehendaki melaksanakan kawalan perbelanjaan dengan rapi, mengikut peraturan yang ditetapkan dengan mengambil saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas, yang menyentuh aspek penjimatan dan mengelakkan pembaziran sumber kewangan awam serta Pekeliling Perbendaharaan 3.1 (Pindaan 2022) Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam.
"Perbelanjaan awam perlulah dilaksanakan dengan berhemat, bersederhana dan selari dengan keperluan sebenar, bagi mengurangkan komitmen kewangan kerajaan dan mengelakkan pembaziran sumber," menurut surat edaran itu.
Arahan itu mengingatkan Pegawai Pengawal supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang termaktub di bawah Seksyen 15A Akta 61.
"Kegagalan pegawai awam mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa, boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 18 Akta 61," katanya.
Pegawai Pengawal merujuk kepada pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri di bawah Seksyen 15A Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), bagi setiap tujuan perbelanjaan yang diperuntukkan bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran.
Pegawai Pengawal bertanggungjawab untuk mengawal, tertakluk kepada sebarang arahan yang ditujukan oleh pihak berkuasa kewangan, ke atas perbelanjaan yang dikuatkuasakan di bawah tujuan itu dan termasuk semua tanggungjawab Pegawai Perakaunan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Surat edaran itu turut menyarankan penganjuran acara atau majlis berkenaan dibuat di premis atau Institusi Latihan Awam (ILA). - Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ASEAN 2025: Pegawai awam perlu sumbang tenaga, buah fikiran agar negara raih manfaat
Pegawai awam berperanan memastikan Malaysia meninggalkan legasi yang positif dan bermakna untuk tahun-tahun akan datang, baik di rantau Asia Tenggara mahupun di peringkat global.

Pegawai awam dilarang beri kenyataan memburukkan nama kerajaan - KSN
Tegas Shamsul Azri, larangan berkaitan perkara ini dinyatakan jelas dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam termasuk dalam media sosial - JPA
Shamsul Azri mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.

Majlis kerajaan dihadkan bagi progam benar-benar perlu sahaja
Bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dibuat secara optimum, penganjuran acara, majlis, keraian rasmi kerajaan, mesyuarat, seminar dan bengkel, dihadkan bagi program yang benar-benar perlu sahaja.

Pegawai awam gagal hadir prosiding PAC adalah suatu kesalahan - KSN
Kegagalan mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan suatu kesalahan kerana menghina Majlis Parlimen.

Tiada tolak ansur terhadap pegawai awam cuai, terlibat rasuah - KSN
Tiada tolak ansur diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang didapati 'cuai' dalam menjalankan tugas dengan 'mengutip habuan' dan 'menetapkan kos tambahan'.

Tuntutan Sulu: Malaysia terus perkukuhkan lagi imuniti kedaulatan
Malaysia akan terus mengambil segala langkah aktif bagi mengukuhkan lagi imuniti kedaulatannya.

SPRM punyai kuasa siasat hakim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, agensi itu mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai badan awam setelah menerima laporan atau aduan rasmi.

Pegawai awam berdepan tindakan jika gagal patuh PKP
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengingatkan semula para pegawai awam agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun.

Perintah di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit wajib dipatuhi - JPA
Tindakan tegas termasuk tatatertib boleh dikenakan terhadap mana-mana pegawai termasuk ketua jabatan atau penyelia yang mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bekerja.