Akhirnya penubuhan Majlis Media Malaysia akan direalisasikan.
Idea bagi mewujudkan sebuah badan penyelaras kendiri yang dicetuskan hampir lima dekad lepas, iaitu pada tahun 1973, mula menampakkan hasil semalam dengan penubuhan jawatankuasa sementara 17 anggota di satu mesyuarat yang dihadiri oleh para pengamal media tempatan ternama.
Para perwakilan di mesyuarat itu mengusulkan beberapa nama dari kalangan mereka sendiri untuk menjadi ahli jawatankuasa dan memilih Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran sebagai Pengerusi.
Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin, yang selama ini menjadi perunding utama dalam penubuhan majlis media itu, dipilih sebagai penasihat.
Ahli jawatankuasanya termasuk para veteran di kalangan media daripada media cetak, elektronik dan dalam talian, media luar dan tempatan, pertubuhan-pertubuhan wartawan dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
Jawatankuasa itu menetapkan jangka masa dua bulan untuk menampilkan cadangan bagi membentuk satu Rang Undang-Undang bagi menjadikan kewujudan majlis itu lebih rasmi, menerusi satu akta Parlimen.
Ia akan melihat kepada objektif dan fungsinya; perlembagaan dan keanggotaan; kod etika; cara-cara menyelesaikan konflik; dan peruntukan-peruntukan am, di samping mengenal pasti keperluan untuk meminda atau memansuhkan undang-undang sedia ada apabila majlis itu dibentuk.
Kadir berkata, jawatankuasa itu akan melihat kepada undang-undang sedia ada kerana majlis berkenaan tidak boleh menjamin kebebasan media apabila beberapa undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak dipinda atau dimansuhkan.
"Media bukan hanya perlu bertanggungjawab terhadap akta yang disasarkan kepadanya sahaja, tetapi juga kepada banyak lagi undang-undang dan peraturan lain yang turut mengambil kira semua pihak di samping memberi impak kepada media, seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya.
BACA: Jawatankuasa pro-tem bermula, Majlis Media menjelang Disember
Majlis Media Malaysia juga akan berfungsi sebagai ombudsman mengenai aduan orang ramai terhadap anggota yang ingkar.
Ia akan memupuk dan menyelaras etika media, menjunjung profesionalisma menerusi penetapan standard, di samping memupuk serta menjunjung kebebasan media.
Pembentukan jawatankuasa sementara itu dilihat memenuhi janji Pakatan Harapan yang disenaraikan dalam manifestonya bagi pilihan raya ke-14 yang diadakan pada Mei 2018, untuk membantu dalam penubuhan majlis media.
Kerajaan bagaimanapun bertekad tidak akan campur tangan dalam majlis itu, dan bantuannya pada mesyuarat semalam semata-mata bertujuan membantu memulakan langkah kearah penubuhan majlis berkenaan.
Tidak ada perwakilan kerajaan berada dalam senarai jawatankuasa sementara itu, yang senarainya diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo selepas mesyuarat berkenaan.
Jawatankuasa itu juga mempunyai seorang perwakilan masing-masing dari Sabah dan Sarawak, yang menunjukkan bahawa majlis itu akan juga mengambil tanggungjawab buat semua para wartawan di seluruh negara.
Jawatankuasa itu juga menetapkan bahawa media milik kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu diwakili dalam majlis itu.
Kadir berkata, Majlis Media Indonesia adalah contoh terbaik pengwujudan majlis itu kerana ia telah diuji dan perlaksanaannya berjalan dengan baik.
Di Indonesia, ia dikenali sebagai Dewan Pers dengan ahlinya terdiri daripada para wartawan, pengurus media dan pakar media.
Ia diwujudkan dengan hasrat memupuk kebebasan media, dan menambah baik media nasional. Ia badan bebas dan tidak tertakluk kepada sebarang penyeliaan terus kerajaan.
Kadir berkata, sebab utama penubuhan Majlis Media Malaysia adalah untuk menambah baik tahap kewartawanan dan media, mengekalkan atau meningkatkan kepercayaan orang ramai dalam media massa, dan menyelesaikan sebarang perselisihan faham antara media dan masyarakat.
Selain Indonesia, negara-negara seperti Australia dan Afrika Selatan telah membuktikan bahawa sebuah majlis media juga boleh menjadi perantara penting antara wartawan awam dan profesional.
Seorang anggota jawatankuasa sementara, Datuk Yong Soo Heong berkata, majlis media itu akhirnya menerima suntikan baru baru kearah melancarkan penubuhannya.
"Ia merupakan satu perjalanan yang sukar, dan masih ada banyak yang perlu dilakukan. Kita seharusnya melihat sesuatu yang lebih konkrit dalam tahun ini, sesuatu yang boleh dibanggakan oleh industri media tempatan," kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI), yang juga bekas Pengurus Besar Bernama itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini menyambut baik penubuhan jawatankuasa sementara itu, dan menganggap ia sebagai satu peristiwa bersejarah bagi pihak media dari segi memupuk kebebasan media yang lebih luas, kerana majlis media itu akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap media tempatan.
"Banyak yang dilakukan bagi membaiki kebebasan media kita. Dengan kebebasan media yang lebih luas, ia diiringi dengan tanggungjawab yang lebih besar, dan saya pasti majlis media ini akan dapat menyelia para wartawan bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme dalam penulisan artikel yang disasar untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai," katanya.
Beliau turut menyuarakan harapan agar majlis media itu akan dapat membimbing generasi baharu wartawan bagi menulis secara profesional, di samping turut menawarkan pelbagai penyelesaian kepada kerajaan.
Kadir berkata, dengan penubuhan jawatankuasa sementara itu: "Kita akan ada sesuatu yang boleh ditunjukkan hujung tahun ini."
"Majlis media ini secara langsung dan tidak langsung akan membantu dalam membawa kembali kepercayaan orang ramai terhadap media, terutama media arus perdana," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 17 2020

Datuk A. Kadir Jasin yang selama ini menjadi perunding utama dalam penubuhan Majlis Media Malaysia dipilih sebagai penasihat. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Belasungkawa Sabbaruddin Chik: 'Allahyarham rakan yang baik, sosok hebat' - Kadir Jasin
Kadir menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sosok yang hebat dan pemergiannya satu lagi kehilangan besar buat negara.

Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.

Majlis Media Malaysia menghampiri realisasi
Akhirnya penubuhan Majlis Media Malaysia akan direalisasikan.

"Apa alasan SPRM? Kenapa cetuskan ribut?" - Rais, Kadir bimbang pendedahan SPRM
Dua anggota Majlis Tertinggi Bersatu meluahkan kebimbangan mereka berhubung tindakan SPRM dedah rakaman perbualan konspirasi.

Media arus perdana perlu diyakini berbanding media sosial - Kadir Jasin
Media arus perdana masih merupakan sumber utama berita, benar dan perlu diyakini berbanding media sosial, kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin.

Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek
A. Kadir Jasin mempersoalkan kewajaran kerajaan memberi kebenaran terhadap cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara ini.

AirAsia mampu selamatkan MAB daripada berkubur - Kadir Jasin
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd (AirAsia) dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Tangkapan Jho Low: Jangan beri harapan palsu lagi - Kadir Jasin
Kadir Jasin menasihatkan rakyat Malaysia tidak mensensasikan berita palsu yang tersebar semalam mendakwa Jho Low telah ditangkap dan mungkin akan dibawa balik ke Malaysia.

Anggota Kabinet PH sekali lagi ditegur Kadir Jasin
TOKOH Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin sekali lagi menegur anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbaln menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar belajar memperbaiki kelemahan diri.

Penubuhan MTE bukan sebab PM kecewa prestasi menteri - Azmin
Majlis itu terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing serta reputasi yang baik dalam masyarakat.